JUNIOR GREEN SCIENTIST 2019 | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » JUNIOR GREEN SCIENTIST 2019

JUNIOR GREEN SCIENTIST 2019

Program “Junior Green Scientist 2019” merupakan satu program komuniti untuk pelajar-pelajar sekolah rendah yang menyentuh topik pengenalan penyelidikan hijau dalam bidang sains dan teknologi. Ia menggabungkan aspek-aspek teori dan kemahiran bagi memberi kefahaman yang lebih baik kepada peserta. Kandungan kursus meliputi penyediaan bahan mentah, pembuatan dan pembentangan hasil penyelidikan.

Antara tujuan program ini dijalankan adalah untuk menyediakan pelajar sekolah dengan pengalaman dan pengetahuan dalam bidang sains dan teknologi, mempromosi kewujudan program ini kepada pelajar sekolah sebagai persediaan untuk melanjutkan pelajaran di peringkat universiti dan memberi khidmat komuniti melalui saluran penganjuran program.

Program ini telah disertai 10 orang pelajar dari Rafflesia International Schools  dan dibahagikan kepada 2 hari. Pada hari pertama  iaitu pada 29 Mei 2019, pelajar akan membuat projek Furniture Adventure di mana pelajar diajar tentang cara-cara pembuatan perabot bermula dari penghasilan dan percantuman plywood dan seterusnya mereka diminta untuk menghasilkan perabot sendiri secara berkumpulan. Pada 30 Mei 2019, mereka akan membuat projek Eco-Papermaking. Dalam projek kedua, mereka belajar menghasilkan kertas sendiri daripada kertas terpakai seterusnya mempelajari sifat-sikat kertas.

Diakhir program, pelajar telah diminta untuk membentangkan hasil dapatan sepanjang 2 hari program di INTROP.

Tarikh Input: 10/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdMAg~