Kerjasama INTROP Bersama MyRimba Sdn Bhd Dan Rimbun Foundation | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Kerjasama INTROP bersama MyRimba Sdn Bhd dan Rimbun Foundation

Kerjasama INTROP bersama MyRimba Sdn Bhd dan Rimbun Foundation

Serdang, Sept 2021 - MyRimba Sdn Bhd merupakan syarikat 'start-up' dalam program INNOHUB, UPM yang bervisikan pendidikan dalam aspek pemuliharaan hutan dan alam sekitar. Pendidikan yang berteraskan konsep 'fun learning' disasarkan kepada golongan kanak-kanak pra remaja dan generasi muda bagi memupuk nilai menghargai dan melindungi khazanah alam semulajadi.

Baru-baru ini, INTROP, MyRimba Sdn Bhd dan Rimbun Foundation telah bekerjasama dalam menganjurkan pertandingan bercerita yang bertemakan "Saya Wira Hutan Kita". Pertandingan ini terbuka kepada semua kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun daripada 15 sekolah yang terpilih. Peserta perlu memuatnaik video rakaman bercerita berdurasi 3 hingga 5 minit untuk diadili oleh juri profesional.

Hadiah wang tunai yang menarik menanti para pemenang yang berjaya menyampaikan cerita yang mengikut tema diberikan.

Untuk maklumat lanjut, boleh layari laman sosial berikut: MyRimba https://www.facebook.com/MyRimbaSB 
INTROP https://www.facebook.com/intropupm 

Tarikh Input: 15/10/2021 | Kemaskini: 15/10/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUSAM~