KERJASAMA PROGRAM STEM DALAM PERHUTANAN TROPIKA, ANJURAN PERSATUAN GURU STEM | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » KERJASAMA PROGRAM STEM DALAM PERHUTANAN TROPIKA, ANJURAN PERSATUAN GURU STEM

KERJASAMA PROGRAM STEM DALAM PERHUTANAN TROPIKA, ANJURAN PERSATUAN GURU STEM

Serdang, Okt 2021 –STEM merupakan gabungan (Integration) mata pelajaran Sains dan Teknologi, Matematik dan kejuruteraan untuk diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran serta kemahiran yang penting abad ke-21.

INTROP telah mengadakan program khidmat komuniti dan pindah ilmu bagi projek “Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) dan sekolah-sekolah menengah dan rendah di negeri Johor pada 06 Oktober 2021. 

Aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan (INTROP) oleh En. Muhaizi Mat Daud, pengenalan Program Putra Rimba Rimbun oleh Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus, STEM dalam Perhutanan Tropika oleh YBhg. Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan dan pertandingan Quizizz oleh Cik Amirah Nur Amallina Osman.

Bagi peserta yang berjaya menjawab kuiz yang terpantas, mereka memenangi hadiah merupakan Touch ‘n Go e-wallet yang bernilai RM10 untuk tempat pertama, RM7 tempat kedua, dan RM5 tempat ketiga.

Seramai 83 orang peserta telah terlibat termasuk pelajar sekolah rendah dan menengah. AJK INTROP seramai 12 orang manakala 55 orang murid sekolah rendah dan 28 orang murid sekolah menengah yang menyertai program secara maya ini melalui Google Meet. Program ini adalah untuk mendidik pelajar tentang kepentingan memulihara hutan tropika dan alam sekitar kita. 

Program STEM seperti ini mendapat sambutan yang meluas di beberapa buah sekolah menengah terutamanya sekolah-sekolah aliran sains. Kerjasama ini juga bermakna pada peringkat universiti kerana dapat berkolaborasi dengan Persatuan Guru-guru STEM Negeri Johor dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Tarikh Input: 28/10/2021 | Kemaskini: 28/10/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEXPA5~