Kunjungan Dari Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC). | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Kunjungan dari Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC).

Kunjungan dari Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC).

27 Mei 2025 (Selasa) - Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan hormat daripada Terengganu Timber Industry Training Centre (TTITC). Delegasi ini diketuai oleh Dr. Azman bin Mohamad, Ketua Pegawai Eksekutif TTITC, bersama En. Mohd Hafiz bin Jusoh@Alias, Ketua Bidang Kanan Hal Ehwal Akademik.

Tujuan kunjungan ini adalah untuk mendapatkan pendedahan dan berkongsi maklumat berkaitan industri buluh, khususnya dalam aspek penyelidikan, pemeliharaan serta kajian terhadap pelbagai spesies buluh yang dijalankan di INTROP.

Semasa lawatan, pihak TTITC telah dibawa ke tapak semaian dan diberi taklimat mengenai Smart Digital Nursery Monitoring System, sebuah sistem pemantauan pintar berasaskan teknologi IoT yang digunakan untuk memantau pertumbuhan pokok buluh. Delegasi juga melawat unit kultur tisu bagi melihat teknik pembiakan in vitro yang digunakan dalam penyelidikan buluh.

Secara keseluruhan, lawatan ini telah memberi gambaran menyeluruh kepada pihak TTITC mengenai skop penyelidikan berkaitan buluh yang dilaksanakan oleh INTROP. INTROP amat menghargai lawatan ini dan berharap dapat menjalin kerjasama strategik dengan pihak industri pada masa akan datang. Kerjasama ini diyakini mampu membuka peluang kepada para penyelidik INTROP untuk berkongsi kepakaran mereka dengan pihak industri dan komuniti, selain memperkukuh jaringan kolaborasi dan memperluas penyebaran ilmu di peringkat universiti.

 

 

Tarikh Input: 04/07/2025 | Kemaskini: 04/07/2025 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
F, (06:51:54pm-06:56:54pm, 10 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]