8 Oktober (Selasa) – Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan (INTROP) Universiti Putra Malaysia telah menerima kunjungan dari Unit Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) diketuai Pengarah Ts. Muhammad Hairynizam Bin Muhd Taib turut mengiringi Pegawai Sains Pn. Afida Miskam dari Pejabat Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan UPM.
Lawatan ini melibatkan Unit Pembangunan Produk, Unit Pemprosesan Batang Gentian Laboratori Teknologi Biokomposit dan juga Makmal Pulpa & Kertas Laboratori Biopolimer & Bahan Terbitan INTROP.
Seramai 8 pegawai dari UMPSA ini telah diberi taklimat khas oleh staf Penolong Pegawai Sains INTROP iaitu Encik Mohd Hafizie Bin Manap berkongsi mengenai pelaksanaan skop keselamatan makmal yang merangkumi pengurusan Kesihatan Keselamatan Pekerjaan (KKP) dan melihat secara terperinci pelaksanaan Pengurusan Bahan Kimia & Buangan Terjadual, Pengurusan Kontraktor, Kesihatan Pekerjaan, Ergonomik dan Kualiti Udara Dalaman (IAQ) di makmal INTROP UPM.
Untuk makluman tambahan Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan (INTROP) UPM pernah memenangi Anugerah Keselamatan Kesihatan Pekerjaan (KKP) sempena Hari Kualiti dan Inovasi Perkhidmatan (HKIP) kategori C tahun 2022.


Tarikh Input: 10/10/2024 | Kemaskini: 10/10/2024 | amallina.osman

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia