SERDANG, 27 MEI 2025 - Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah menganjurkan kursus bertajuk ‘Basic IoT and GIS Data Management System for Forestry Application’ bertempat di Bilik Komputer Ulugh Berg, Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM), UPM. Kursus ini telah diadakan selama 2 hari, 27 - 28 Mei 2025 dan kursus ini telah disampaikan oleh Dr. Sheriza Mohd Razali, Pegawai Penyelidik INTROP dan En. Norhasmandy Mohammad, Pegawai Pengurusan Sistem IoT, Surechem Sdn. Bhd.
Objektif utama kursus ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang penggunaan perisian ArcGIS Pro dalam menjalankan analisis data perhutanan secara mendalam, pemetaan data kaji cuaca dan memproses data secara automatik menggunakan perisian ModelBuilder dan skrip Python.
Kursus ini bukan sahaja dihadiri oleh staf dan pelajar UPM, tetapi terdiri daripada pelajar institusi luar dan staf dari pelbagai agensi awam dan swasta antaranya Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Majlis Bandaraya Subang Jaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Elmina Rainforest Knowledge Centre. Jumlah peserta yang turut serta dalam kursus ini adalah seramai 25 orang, iaitu melebihi target 20 orang peserta yang disasarkan. Ini menunjukkan kursus ini mendapat permintaan yang tinggi oleh pelajar dan staf tidak kira dari pelbagai agensi. Diharapkan agar kursus ini dapat dilaksanakan lagi pada masa hadapan dan dapat memberi manfaat kepada peserta dalam menjalankan analisis data menggunakan perisian ArcGIS.
Tarikh Input: 17/09/2025 | Kemaskini: 17/09/2025 | amallina.osman

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia