Kursus Epistemologi | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Kursus Epistemologi

Kursus Epistemologi

30 September 2020, Serdang - Lab BIOREM, INTROP telah menganjurkan satu kursus Epistemologi secara maya di platform Zoom. Seramai 54 peserta berdaftar mengikuti kursus ini. Mereka terdiri daripada pelbagai latar belakang pendidikan dan pekerjaan, dan juga merupakan komuniti antarabangsa.

Dr. Jean-Marc Roda telah menyampaikan kursus ini dengan matlamat untuk menjadikan konsep keringkasan sebagai panduan umum untuk para penyelidik. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan penyelidik umumnya tentang konsep keringkasan dalam menjalankan penyelidikan. Konsep ini diterangkan dengan sejarah pembuktian teori dan konsep oleh para ilmuan sejak dari zaman pra sejarah. Konsep ini sangat penting untuk diamalkan dan ditonjolkan dalam bersaing dengan para penyelidik di peringkat antarabangsa.

Di akhir kursus ini, terdapat sesi perkongsian oleh para pelajar yang mempunyai pengalaman bekerja dan menjalankan penyelidikan bersama Dr Jean Marc Roda. Mereka menceritakan bagaimana konsep keringkasan ini sangat di titikberatkan oleh beliau sepanjang menjalankan aktiviti penyelidikan yang bertaraf antarabangsa.

Video webinar ini boleh ditonton di https://www.youtube.com/playlist?list=PLDcHBiqEYNy-rM8p1aCCAT6h8yGUQUfvL

Tarikh Input: 07/10/2020 | Kemaskini: 07/10/2020 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXESRAo~