Latihan Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Latihan Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan

Latihan Teknik Asas Kultur Tisu Tumbuhan

SERDANG, 2 OKTOBER 2020 – Tiga orang staf Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM) terdiri daripada Pegawai Pertanian, Penolong Pemelihara Hutan dan Penolong Pegawai Sains telah menghadiri latihan teknik asas tisu kultur tumbuhan yang diadakan selama 2 hari, 1-2 Oktober 2020. Latihan ini diadakan di Makmal Tisu Kultur Tumbuhan, Fakulti Pertanian UPM dan latihan disampaikan oleh Dr. Hakiman Mansor, Pensyarah Kanan Fakulti Pertanian UPM.

Tujuan latihan ini dijalankan adalah untuk meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran staf dalam mengendalikan tisu kultur tumbuhan bagi menyokong aktiviti penyelidikan berimpak tinggi dan mempelajari teknik baru melalui teknologi terkini dalam pengkulturan eksplan tumbuhan mengikut kesesuaian spesis pokok hutan.

Sepanjang latihan selama 2 hari, staf telah diberi pendedahan secara teori mengenai pengenalan asas tisu kultur tumbuhan dan latihan amali penyediaan media tisu kultur, teknik pensterilan dan pengkulturan eksplan.

      

Tarikh Input: 30/12/2020 | Kemaskini: 30/12/2020 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEUPAz~