Lawatan ke DK Composites Melaka untuk tujuan kolaborasi strategik
Batu Berendam, Melaka, 7 Februari 2024 – Lawatan ke DK Composites Sdn. Bhd, Melaka telah berjaya dilaksanakan yang mana melibatkan penyertaan 3 orang pegawai daripada Laboratori Teknologi Biokomposit (BIOCOMPOSITE), Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dan diketuai oleh Pengarah, Prof. Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan. Pegawai Introp yang turut serta adalah Prof Madya Dr. Edi Syams dan Ts. Dr. Mohd Saiful Asmal. Lawatan ini adalah bertujuan untuk menjalinkan hubungan kerjasama strategik diantara INTROP dan DK Composites berkenaan bidang pembuatan panel penebat berasaskan serat semulajadi dalam industri pembinaan secara khusus. Selain itu, ia memberikan peluang dalam penambahan ilmu pengetahuan dan menjalankan jaringan kolaborasi bersama pihak industri di dalam bidang biokomposit.
Lawatan yang berlangsung selama setengah hari tersebut padat diisi dengan aktiviti perbincangan dan lawatan ke kilang pembuatan produk berasaskan fiber-glass. Sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Puan Maziah Mohamad, selaku CEO DK Composites telah diadakan antara kedua pihak. Antara intipati perbincangan adalah mengenai penglibatan kerjasama DK Composites dan INTROP dalam seminar, penerbitan serta jaringan kerjasama di masa hadapan. Di kesempatan itu juga, INTROP turut mempromosikan program siswazah yang ditawarkan di INTROP serta program mobiliti pelajar.
DK Composites Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pengeluar komposit yang terkenal dengan produk dan komponen seni bina, marin, dan rel, telah mengutarakan beberapa cabaran utama dalam proses pengeluaran mereka. Antaranya:
DK Composites dan INTROP sedang mengambil langkah-langkah proaktif untuk menyelesaikan cabaran ini dengan melakukan penyelidikan dan uji kaji pelbagai kaedah dan bahan yang berpotensi untuk dikomersialkan. Mereka juga yakin dengan initiatif kolaborasi yang berterusan dengan pihak INTROP akan dapat mengatasi semua cabaran tersebut dengan berkesan.
Lawatan ke model rumah berasaskan gentian fiber
Taklimat dari Puan Maziah berkaitan struktur fiber dalam produk syarikat
Sesi penyampaian cenderahati kepada para peserta
Tarikh Input: 14/03/2024 | Kemaskini: 14/03/2024 | amallina.osman
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia