Lawatan Kerjasama Petronas Ke INTROP | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Lawatan Kerjasama Petronas ke INTROP

Lawatan Kerjasama Petronas ke INTROP

Serdang, 2 Oktober 2024 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah menerima kunjungan dari delagasi PETRONAS (Project Delivery & Technology (PD&T)) dan mengadakan perbincangan berkenaan penyelidikan “Biodegradable Polymer use in Controlled-Release Fertilizer (CRF)”.  INTROP yang diwakili oleh Prof Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan (Pengarah), Dr. Ayu Rafiqah Shafi (Pasca Doktoral), Dr Ahmad Safwan Ismail (Pasca Doktoral) dan Ts. Dr. Mohd Radzi Ali (Pegawai Penyelidik) telah menghadiri perbincangan ini yang berlangsung selama 2 jam.

Pengarah INTROP, Prof. Ir. Dr. Ts, Khalina Abdan mempengerusikan mesyuarat kali pertama bersama pihak PETRONAS membincangkan berkenaan penyelidikan baja terbiodegradasi berasaskan biojisim dengan merujuk kepada “Pembangunan Baja Berlepasan Perlahan daripada Komposit Biopolimer Sisa Tandan Kosong Sawit” merupakan hasil ketua penyelidik oleh Almarhun Dr. Harmaen Ahmad Saffian (Pegawai Penyelidik INTROP). Perbincangan juga lebih memfokuskan kepada hasil dapatan penyelidikan yang telah dilaksanakan di UPM, khususnya di INTROP, dalam bidang berkaitan dengan penggunaan serta pengeluaran produk.

Secara keseluruhan, berikutan perbincangan ini, PETRONAS mempunyai pemahaman yang jelas tentang skop penyelidikan dan kajian berkaitan produk berasaskan biojisim. INTROP amat menjangkakan kerjasama masa depan dengan industri, yang akan mewujudkan peluang kepada penyelidik INTROP untuk berkongsi kepakaran mereka dengan kedua-dua industri dan komuniti, di samping meningkatkan inisiatif rangkaian dan memajukan pengetahuan di UPM.

 

Tarikh Input: 07/10/2024 | Kemaskini: 08/10/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
W, (03:41:13am-03:46:13am, 09 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]