Majlis Perasmian Sambutan World Bamboo Day (WBD) Malaysia 2024 | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Majlis Perasmian Sambutan World Bamboo Day (WBD) Malaysia 2024

Majlis Perasmian Sambutan World Bamboo Day (WBD) Malaysia 2024

Banting, Selangor, 26 September 2024 – INTROP telah dijemput untuk menyertai Sambutan World Bamboo Day (WBD) Malaysia 2024 serta Seminar Buluh Kebangsaan bertempat di Tadom Hill Resorts, Banting, Selangor. Majlis perasmian ini disempurnakan oleh YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani, Menteri Perladangan dan Komoditi. Majlis anjuran Malaysian Timber Industry Board (MTIB) ini bertujuan untuk menghimpunkan pengusaha buluh serta penyelidik dari pelbagai latar belakang bagi menyokong usaha pembangunan industri buluh di Malaysia.

INTROP diwakili oleh Dr. Mohd Zuhri Mohamed Yusoff (Ketua Laboratori Teknologi Biokomposit), Ts. Dr. Mohd Radzi Ali (Pegawai Penyelidik), En. Mohd Hafizie Manap (Penolong Pegawai Sains), dan dibantu oleh dua pelajar pasca siswazah, Cik Wan Nur Shasha Najiha Zainal Abidin dan Cik Sarah Nur Hanis Roslan. INTROP telah mempamerkan pelbagai hasil kajian dan produk berasaskan buluh hasil kerjasama penyelidikan bersama agensi, industri, dan komuniti. Usaha ini diharapkan dapat menggalakkan inovasi dan pembangunan produk berasaskan buluh yang dapat memberi manfaat kepada masyarakat dan ekonomi negara.

 

Tarikh Input: 02/10/2024 | Kemaskini: 02/10/2024 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
W, (06:08:37am-06:13:37am, 26 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]