Majlis Perpisahan Cik Aidawati Ramali | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Majlis Perpisahan Cik Aidawati Ramali

Majlis Perpisahan Cik Aidawati Ramali

Majlis Perpisahan Cik Aidawati Ramali

SERDANG – Tanggal 13 November 2020 merupakan hari terakhir Cik Aidawati Ramali, Penolong Pendaftar berkhidmat di INTROP. Beliau mula bertugas di INTROP sejak Mac 2013 dan 15 November 2020 merupakan tarikh bertugas di tempat baru iaitu di Pusat Jaminan Kualiti UPM. Selama 7 tahun bertugas di INTROP, beliau telah banyak memberi sumbangan dalam pembangunan INTROP dalam usaha menjadikan INTROP sebagai sebuah institut yang bereputasi tinggi. Tambahan lagi, beliau menunjukkan sikap peribadi yang positif, berdedikasi, amanah, komited dengan tugas dan amat disenangi oleh semua orang. Perpindahan beliau merupakan satu kehilangan besar buat INTROP dan warga INTROP mendoakan beliau sentiasa berjaya walau di mana beliau berada.

Tarikh Input: 31/12/2020 | Kemaskini: 31/12/2020 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1611466835