Majlis Perpisahan Puan Nurul Jannah Mat Salleh | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Majlis Perpisahan Puan Nurul Jannah Mat Salleh

Majlis Perpisahan Puan Nurul Jannah Mat Salleh

Majlis Perpisahan Puan Nurul Jannah Mat Salleh

SERDANG – Tanggal 30 November 2020 merupakan hari terakhir Puan Nurul Jannah Mat Salleh berkhidmat di INTROP. Beliau mula bertugas di INTROP sebagai Setiausaha kepada Timbalan Pengarah dan Setiausaha Lab BIOREM sejak September 2015. Beliau telah ditawarkan jawatan tetap sebagai Pembantu Setiausaha bermula 1 Disember 2020 dan ditempatkan di Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM. Selama 7 tahun bertugas di INTROP, beliau telah banyak memberi sumbangan dalam membantu pengurusan data penyelidikan, hal berkaitan Laboratori BIOREM serta membantu dalam kecemerlangan INTROP. Tambahan lagi, beliau menunjukkan sikap peribadi yang positif, berdedikasi, amanah, komited dengan tugas dan amat disenangi oleh semua orang. Perpindahan beliau merupakan satu kehilangan besar buat INTROP dan warga INTROP mendoakan beliau sentiasa berjaya walau di mana beliau berada.

Tarikh Input: 31/12/2020 | Kemaskini: 31/12/2020 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXESJAT~