Metrai MoU Untuk Memartabatkan Ekonomi Komuniti Kuala Langat | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Metrai MoU untuk memartabatkan ekonomi komuniti Kuala Langat

Metrai MoU untuk memartabatkan ekonomi komuniti Kuala Langat

4 September 2019, Serdang - Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) secara rasminya telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama YB Dr. Xavier Jayakumar yang merupakan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli merangkap Ahli Parlimen Kuala Langat. Hasrat mengadakan MoU adalah kerana YB Dr. Xavier Jayakumar sangat menghargai usaha penyelidik INTROP iaitu Prof. Madya. Ir. Ts. Dr. Mohamed Thariq bin Haji Hameed Sultan yang membangunkan Hub Nanas di Kuala Langat pada 20 April 2019 lalu di Kebun Baharu, Teluk Panglima Garang.

Cadangan mengadakan MoU ini juga adalah sebagai platform kerjasama yang merangkumi pelbagai aspek seperti pendidikan, ekonomi dan penyelidikan. Di antara intipati yang terdapat dalam MoU di antara UPM dan YB Dr. Xavier Jayakumar adalah Program Professor on Duty atau Program Bijak Matematik iaitu program di mana siswa/i dari UPM akan dibawa untuk membantu pelajar-pelajar sekolah rendah/menengah untuk memahami teknik pembelajaran matematik. Selain itu, pembuatan mesin ekstrak gentian daun nanas berautomatik sepenuhnya akan dijalankan untuk menjana pendapatan bagi meningkatkan ekonomi komuniti di daerah Kuala Langat. Penghasilan buku nanas Yenkee bersama YB Dr. Xavier juga akan dilakukan bagi menjadi pemangkin kepada anak-anak muda untuk mencontohi usaha murni beliau.

Selain dari aspek pendidikan dan ekonomi, MoU ini juga merangkumi perkongsian kepakaran dan pengetahuan dengan penduduk di daerah Kuala Langat termasuklah dalam bidang perhutanan dan perkayuan. MoU ini juga dapat meningkatkan taraf UPM sebagai universiti yang diiktiraf negara dalam menjalinkan kerjasama dengan pihak parlimen Malaysia. Kerjasama di antara UPM dan YBM Dr. Xavier akan membantu mengembangkan lagi penyelidikan di INTROP dengan penerokaan biosumber baharu di daerah Kuala Langat.

 

 

 

Tarikh Input: 08/10/2019 | Kemaskini: 14/10/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXETHAS~