Pembangunan Produk PUTRA Frame Daripada Bahan Biokomposit | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Pembangunan Produk PUTRA Frame daripada Bahan Biokomposit

Pembangunan Produk PUTRA Frame daripada Bahan Biokomposit

INTROP telah diiktiraf sebagai satu institut yang menjalankan penyelidikan dalam bidang gentian semulajadi dan biokomposit. Satu perbincangan di antara Pejabat Bendahari UPM dan INTROP telah diaturkan untuk mengenalpasti projek berpotensi tinggi yang boleh dibangunkan dan dikomersilkan. Salah satu projek dicadangkan yang telah diluluskan oleh Lembaga Pengurusan Universiti adalah projek pembangunan bingkai sijil/gambar, dan bingkai tersebut telah dijenamakan sebagai PUTRA Frame. Casis PUTRA Frame dibuat dari 100% bahan biokomposit tanpa diperkuat oleh mana-mana logam atau aloi. Bahan biokomposit telah pun dipilih kerana kos pengeluaran produk mesra alam tersebut boleh dikurangkan melalui penggunaan gentian semulajadi sebagai pengisi. Tambahan pula, penggunaan matriks polimer sintetik boleh juga dikurangkan, dan ini mungkin boleh mengurangkan pencemaran sisa pepejal. Biokomposit tersebut telah diproses dan dihasilkan dengan menggunakan mesin-mesin penyemperitan plastic dan pengacuan suntikan yang tersedia di INTROP. Bahan-bahan yang telah digunakan untuk menghasilkan biokomposit tersebut adalah gentian semulajadi dan plastic komoditi. Gentian semulajadi iaitu gentian teras kenaf adalah sepenuhnya diperolehi daripada pengeluar tempatan. Selain itu, rekabentuk istimewa PUTRA Frame telah dipilih melalui pertandingan yang dianjurkan oleh INTROP dan Fakulti Rekabentuk dan Senibina UPM. Projek tersebut juga melibatkan pelajar-pelajar Asnaf UPM untuk membantu dalam membangunkan PUTRA Frame seperti kerja-kerja penyemperitan bahan, pengacuan komposit dan pemasangan komponen. Antara objektif melibatkan pelajar Asnaf adalah untuk melatih dan menyediakan peluang untuk mereka menjana pendapatan sampingan, dan juga memberikan pendedahan kepada persekitaran kerja. PUTRA Frame boleh digunakan sebagai cenderamata eksklusif untuk upacara UPM seperti konvokesyen, majlis-majlis university atau untuk dijual di Putra Mart. Ini boleh mengekalkan UPM sebagai university hijau dan pada masa yang sama ia boleh menjana pendapatan kepada UPM.

 

 
 

Tarikh Input: 27/09/2018 | Kemaskini: 27/09/2018 | lufti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbBAj~