Pengurusan Ladang Hutan Di Sabah Semakin Mencabar | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Pengurusan ladang hutan di Sabah semakin mencabar

Pengurusan ladang hutan di Sabah semakin mencabar

Kota Kinabalu, Sabah - Lima penyelidik dari INTROP melawat Lembaga Kemajuan Perhutanan Sabah (SAFODA) pada 22 Mei 2019. Mesyuarat ini dihadiri oleh pasukan pengurusan kanan SAFODA, termasuk Pengarah. SAFODA adalah tertubuh untuk membangun dan menguruskan perladangan hutan secara mampan untuk menghasilkan sumber kayu yang berkualiti tinggi dan seterusnya menyumbang kepada industri hiliran dengan memenuhi jangkaan pihak berkepentingan. Pertemuan ini adalah untuk membincangkan serta memahami isu dan cabaran semasa yang dihadapi oleh pihak pengurusan perladangan hutan di Sabah, dan untuk meneroka kerjasama pada masa hadapan dengan bekerjasama dalam mengekalkan pertumbuhan industri perladangan hutan di Malaysia.

  
  

Tarikh Input: 22/07/2019 | Kemaskini: 22/07/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaNAa~