Penilaian Audit Dalaman EKSA | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Penilaian Audit Dalaman EKSA

Penilaian Audit Dalaman EKSA

20 Mei 2025 - Keputusan bagi Purata Markah Keseluruhan Penilaian Audit Dalaman EKSA

Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dengan sukacitanya memaklumkan bahawa pihak institut telah mencatatkan purata markah keseluruhan sebanyak 91.29% dalam Penilaian Audit Dalaman EKSA yang telah dilaksanakan pada 20 Mei 2025.

Sesi audit telah dikendalikan oleh dua orang auditor berpengalaman iaitu Encik Muhamad Asyraf Arshad daripada Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) dan Puan Hasniah Hamid daripada Pusat Asasi Sains.

Pencapaian cemerlang ini adalah hasil daripada komitmen, kerjasama dan dedikasi berterusan seluruh warga INTROP, termasuk kumpulan pelaksana EKSA, para akademik serta pihak pengurusan dalam memperkasakan budaya kerja yang sistematik, bersih dan kondusif.

Sekalung tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang telah menyumbang ke arah kejayaan ini. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan demi kecemerlangan institusi pada masa hadapan.

"Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti"

 

 

 

Tarikh Input: 21/05/2025 | Kemaskini: 21/05/2025 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
X, (07:55:45am-08:00:45am, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]