Perkasakan Kolaborasi Akademia-Industri | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Perkasakan Kolaborasi Akademia-Industri

Perkasakan Kolaborasi Akademia-Industri

Serdang, Selangor – Hari Terbuka Inovasi INTROP 2019 yang dianjurkan oleh Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) telah berlangsung dengan jayanya pada 13 Mac 2019 yang lepas dengan kehadiran tetamu seramai lebih kurang 70 orang yang terdiri daripada agensi kerajaan, industri dan komuniti. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh En. Shahril Nizam Idris, Ketua Penolong Pengarah Unit Pusat Kecemerlangan (CoE), Bahagian Perancangan Kecemerlangan IPT, Kementerian Pendidikan Malaysia. Turut sama hadir pada majlis tersebut ialah Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM dan YBhg. Brig. Gen Dato' Hj. M. Nazri Bin Dashah RMAF, Presiden Malaysia UAV Drones Activist Society (MUDAS) bagi menandatangani Memorandum Persefahaman antara UPM dan MUDAS. Dalam ucapan perasmian, Prof. Dr. Zulkifli Idrus, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPM menekankan tentang usaha mempergiatkan kolaborasi antara akademia di universiti dan pihak industri untuk mencapai matlamat inovasi dalam penyelidikan. Objektif utama penganjuran program ini adalah untuk menjalinkan hubungan kerjasama dengan agensi dan industri luar dan berkongsi kepakaran dan pengalaman dalam bidang nic berkaitan kayu dan fiber tropika serta menyediakan platform untuk menyampaikan maklumat terkini berkaitan hasil penyelidikan di INTROP dan menyebarluaskan inovasi berasaskan fiber dan kayu. Diharapkan usaha seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa akan datang untuk mempertingkatkan lagi jaringan kolaborasi dengan industri dan komuniti dalam memartabatkan penyelidikan dan inovasi di Universiti Putra Malaysia.

 

           

Tarikh Input: 05/07/2019 | Kemaskini: 05/07/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEZUAK~