PERTANDINGAN PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG INTER-PTJ | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » PERTANDINGAN PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG INTER-PTJ

PERTANDINGAN PROGRAM KIBAR JALUR GEMILANG INTER-PTJ

SERDANG, 13 Ogos 2024- Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PKKSSAAS), Universiti Putra Malaysia (UPM), telah menganjurkan Pertandingan Program Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ 2024. Acara yang berlangsung pada jam 2.40 hingga 3.00 petang ini berjaya menarik pernyertaan aktif dan kreatif daripada staf sokongan, pelajar dan ahli pengurusan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP).

INTROP telah mengambil bahagian untuk menyertai pertandingan ini dengan penyertaan seramai 40 orang staf. Mereka bertungkus- lumus membuat persiapan awal semenjak hujung Julai 2024. Antara aktiviti yang menarik minat juri ialah deklamasi sajak oleh Encik Mohd Ramzi yang diiringi oleh persembahan ‘si manis’ INTROP. Selain daripada itu, konsep ‘Hentian INTROP‘ yang diketengahkan juga menarik minat semua juri.

Penjurian ini melibatkan 5 orang juri utama, 10 orang juri bebas, dan 5 orang jurufoto yang bertugas sepanjang penjurian ini berlangsung. Penjurian yang dilakukan selama 20 minit ini amat meriah dengan kehadiran pelajar luar negara yang turut serta dalam acara ini.

Pertandingan Program Kibar Jalur Gemilang Inter-PTJ 2024 ini merupakan usaha PKKKSSAAS, UPM untuk memupuk semangat patriotisme melalui pelbagai aktiviti seni dan kebudayaan. Ia juga menjadi platform bagi warga universiti dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara yang ke-67 tahun ini.

Penganjuran program ini diharapkan dapat meningkatkan rasa cinta dan bangga terhadap tanah air dalam kalangan semua warga UPM, sejajar dengan tema kemerdekaan tahun ini, Malaysia Madani: Jiwa Merdeka!

 

Tarikh Input: 22/08/2024 | Kemaskini: 22/08/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
X, (06:36:10pm-06:41:10pm, 06 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]