Seminar Analisis Rangkaian Dan Aplikasinya | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Seminar Analisis Rangkaian dan Aplikasinya

Seminar Analisis Rangkaian dan Aplikasinya

23 September 2020, Serdang - INTROP telah menganjurkan satu seminar Analisis Rangkaian dan Aplikasinya di Kompleks Biorefinery Fakulti Bioteknologi dan Sains Biomolekul, UPM. Seminar ini telah dihadiri oleh 18 orang peserta yang terdiri daripada pelajar siswazah, pegawai penyelidik, pensyarah dan perunding. Mereka datang dari pelbagai institusi luar UPM, seperti, Universiti Malaya, Univeristi Islam Antarabangsa Malaysia, Wau Analytics dan EXIM Bank.

Para peserta di dedahkan dengan teori dan konsep awal berkenaan analisis rangkaian oleh Dr Jean-Marc Roda, Felo Penyelidik UPM-CIRAD. Selepas itu, para peserta berpeluang mempelajari tentang perisian Cytoscape yang banyak digunakan untuk penyelidikan dalam bidang analisis rangkaian dan aplikasinya yang dinamik dalam pelbagai bidang kerja dan penyelidikan. Demonstrasi perisian ini disampaikan oleh Dr. Norfaryanti Kamaruddin, Pegawai Penyelidik Laboratori BIOREM, INTROP.

Seminar selama 1 hari ini bertujuan untuk memberikan pendedahan awal kepada para penyelidik tentang intipati penting dalam menjalankan penyelidikan bidang analisis rangkaian. Selain itu, ia juga merupakan inisiatif INTROP untuk mengumpulkan pengamal dan bakal pengamal analisis rangkaian di Malaysia. Komuniti pengamal analisis rangkaian adalah perlu dalam memacu agenda negara untuk memperkasakan sains dan teknologi berteraskan IR 4.0.

Seminar ini diharap mampu menarik minat bakal pengamal analisis rangkaian dan mengaplikasinya dalam pelbagai bidang kerja dan penyelidikan.

Tarikh Input: 07/10/2020 | Kemaskini: 07/10/2020 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDdNAt~