Seminar Enau Kebangsaan 2019 | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Seminar Enau Kebangsaan 2019

Seminar Enau Kebangsaan 2019

Bahau, 1 April – Persatuan Pembangunan dan Industri Enau Malaysia (PPIEM) bersama Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), dengan sokongan Pusat Penyelidikan Komposit dan Kejuruteraan Bahan Termaju (AEMC), Universiti Putra Malaysia dan syarikat Hafiz Adha Enterprise telah menganjurkan Seminar Enau Kebangsaan 2019 yang berlangsung di Bahau, Negeri Sembilan.

Seminar Enau Kebangsaan 2019 menyediakan platform yang sangat baik untuk industri, akademik, penyelidik, pembuat dasar, pelajar, pentadbir dan pembiaya untuk berkongsi idea dan hasil penyelidikan serta membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan pengekstrakan, penggunaan dan penghasil gentian bio daripada pelbagai sumber terutamanya gentian bio daripada pokok enau serta potensi aplikasinya.

PPIEM dan INTROP telah membuat keputusan yang strategik untuk mengembangkan skop seminar untuk menyertakan semua topik yang berkaitan, yang meliputi semua gentian bio, dan memastikan perkembangan dan kepentingan sektor kayu dan gentian bio kepada bioekonomi global.  

Di samping itu, program Hari Terbuka Enau bersama penduduk setempat serta pengusaha-pengusaha Enau di seluruh Malaysia juga dilaksanakan bagi memperluaskan lagi potensi bagi pokok enau untuk dieksport ke luar Negara dan seterusnya menjana pendapatan yang berterusan kepada pengusaha-pengusaha Enau.

Seminar Enau Kebangsaan 2019 juga bertujuan untuk menyatukan industri (pengusaha-pengusaha enau), dan akademik untuk membincangkan perkembangan terkini dalam industri enau, dari topik berkaitan hulu pertanian kepada proses pengeluaran gentian hiliran dan kemajuan produk.

Tarikh Input: 04/04/2019 | Kemaskini: 04/04/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEYQAK~