Seminar Tertutup Antara INTROP Bersama Leave A Nest (Jepun Dan Malaysia) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Seminar Tertutup Antara INTROP bersama Leave a Nest (Jepun dan Malaysia)

Seminar Tertutup Antara INTROP bersama Leave a Nest (Jepun dan Malaysia)

SERDANG 15 Julai 2022 -  Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) dengan kerjasama Leave a Nest Sdn. Bhd. telah menganjurkan Seminar Tertutup antara INTROP bersama Leave a Nest (Jepun dan Malaysia). Tujuan seminar ini adalah untuk berkongsi peluang penyelidikan kolaboratif antara penyelidik universiti dan syarikat Jepun dalam ekosistem Leave a Nest.

 

Wakil INTROP telah diketuai oleh Pengarah, Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan, bersama tiga orang Pegawai Penyelidik Kanan iaitu Dr. Syeed SaifulAzry Osman Al-Edrus, Dr. Norfaryanti Kamaruddin dan Dr. Muhammad Aizat Abdul Ghani. Manakala wakil Leave a Nest Sdn. Bhd. pula diketuai oleh Pengarah Urusan, Encik Abdul Hakim Sahidi bersama Dr. Yukihiro Maru, Dr. Yuko Ueno dan Dr. Kengo Suzuki.

Seminar Tertutup tersebut telah berlangsung selama tujuh jam di Bilik Seminar, Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Kedua-dua belah pihak telah membincangkan untuk mewujudkan platform baharu bersama UPM untuk memperkasakan penyelidik dan usahawan teknologi tempatan, terutamanya dalam bidang teknologi pertanian dan pendidikan.

 

Berita selanjutnya boleh rujuk https://global.lne.st/news/2022/08/03/introp-upm_lvnsmy_seminar2022/

Tarikh Input: 13/10/2022 | Kemaskini: 13/10/2022 | maznaliza

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaSAO~