Sukaneka Merdeka INTROP | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Sukaneka Merdeka INTROP

Sukaneka Merdeka INTROP

SERDANG, 19 OKTOBER 2020 – Kelab Staf INTROP (KSI) telah menganjurkan aktiviti sukaneka bertemakan Hari Kebangsaan pada 10 September 2020 di Pusat Teknologi Biomass, UPM. Aktiviti ini diadakan selepas berakhirnya Bengkel Pre-Seating HICoE yang diadakan pada sebelah pagi.

5 buah kumpulan dibentuk dan setiap kumpulan mempunyai 5 orang ahli. Tugasan pertama yang perlu dilakukan oleh setiap kumpulan adalah perlu mencipta nama kumpulan bertema “Merdeka” dan perlu membuat sorakan kumpulan masing-masing. Seterusnya, setiap kumpulan bermain 4 jenis permainan yang menggunakan cawan kertas, botol, bola ping pong dan belon. Permainan terakhir adalah soalan kuiz berkenaan UPM secara amnya. Markah bagi setiap kumpulan yang berjaya menghabiskan setiap permainan dicatat oleh pengawas bagi menentukan kedudukan pemenang.

 

Sebelum diumumkan pemenang keseluruhan bagi aktiviti ini, KSI telah meraikan staf INTROP yang menyambut hari jadi pada bulan Ogos dan September iaitu Aizat, Yusof dan Mazni. Juara bagi Sukaneka Merdeka INTROP telah dimenangi oleh Kumpulan Rimba Bara, tempat kedua kumpulan Wawasan Prihatin, tempat ketiga kumpulan Bunga Raya dan sagu hati adalah kumpulan Mat Kilau dan Pahlawan.

Diharapkan aktiviti yang dijalankan dapat merapatkan hubungan sesama staf INTROP dan semoga program ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang.

    

  

Tarikh Input: 19/10/2020 | Kemaskini: 19/10/2020 | m_hambali

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaGAE~