Tips And Tricks To Write A High Impact, Publishable Research Article | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Tips and Tricks to Write A High Impact, Publishable Research Article

Tips and Tricks to Write A High Impact, Publishable Research Article

Jawatankuasa Siswazah, INTROP telah menganjurkan seminar bertajuk ‘Tips and Tricks to Write a High Impact, Publishable Research Article’ pada 4 Ogos 2021 yang diadakan melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini turut dihadiri oleh Ketua Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan INTROP, Prof. Madya Dr. Zaiton Samdin yang telah memberi ucapan alu-aluan pembukaan program.

Sesi pertama ceramah ini bertajuk ‘Selecting journal article for publication’, dimana penceramah menerangkan sebab perlu terbitkan hasil kajian, pengenalan Scopus, Journal citation reports (JCR), impak factor dan kuartil serta cara untuk memilih jenis jurnal yang sesuai dengan bidang penyelidikan untuk menerbitkan artikel dengan cara yang betul. Manakala sesi kedua pula bertajuk ‘Tips and Tricks to Write a High Impact, Publishable Research Article’, yang lebih focus kepada cara penulisan dan pengisian artikel dari pengenalan sehingga konklusi, apa yang penilai lihat dalam artikel penyelidikan, contoh-contoh artikel yang bagus dan diakhiri dengan sesi soal jawab.

Webinar ini telah dihadiri seramai 76 peserta yang terdiri daripada pelajar siswazah dan kakitangan agensi kerajaan. Hasil daripada webinar ini, pelajar mempunyai pengetahuan tentang tujuan penerbitan artikel, cara pemilihan jurnal yang bersesuaian dan lebih memahami ciri-ciri yang perlu dinilai dalam menerbitkan artikel. Sesi soal jawab juga mendapat sambutan yang baik kerana terdapat pelbagai persoalan yang dijawab dan dijelaskan oleh penceramah kepada peserta. Oleh itu, webinar ini memberi impak dan peluang kepada pelajar untuk menambah pengetahuan dalam penerbitan artikel penyelidikan mereka kelak.

Tarikh Input: 02/09/2021 | Kemaskini: 02/09/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEZRAo~