Virtual Gathering: Alumni Get Together With Student | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Virtual Gathering: Alumni Get Together with Student

Virtual Gathering: Alumni Get Together with Student

SERDANG, 21 April 2021 – Unit Siswazah Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan, dengan jayanya telah mengadakan satu perhimpunan secara maya iaitu Virtual Gathering: Alumni Get Together with Student 2021. Program ini telah menghimpunkan seramai 21 orang pelajar baharu mendaftar dan pelajar yang telah mendaftar di INTROP. Aktiviti seperti Students and Alumni Icebreaking telah dibantu oleh Dr. Chin Kit Ling selaku moderator sambil disertai oleh semua peserta. Penerangan berkaitan tatacara penulisan buku lab yang diwajibkan kepada semua pelajar program Master dan PhD telah disampaikan oleh salah seorang wakil Pegawai Sains INTROP. Penerangan panduan keselamatan ketika melakukan eksperimen di dalam makmal turut dijadikan sebagai salah satu penyampaian program ini. Untuk menjaga keselamatan pelajar perhimpunan ini dilaksanakan melalui aplikasi Zoom. Seorang alumni telah berkongsi pengalaman dan cabaran sebelum berjaya bergraduat dengan jayanya selaku pelajar Graduate On Time INTROP. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mewujudkan hubungan baik di antara pelajar dan alumni INTROP terutamanya yang telah bekerja. Oleh itu, dengan berbekalkan pengalaman belajar di INTROP dan menghabiskan pengajian dalam tempoh 6 semenester, Dr. Siow May Ling telah dijemput untuk berkongsi pengalaman yang bertajuk To Find yourself you must first love yourself. Setelah menamatkan pengajian beliau di INTROP, beliau telah mendapat tawaran untuk menjadi pensyarah di Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Secara kesimpulannya, program ini telah memberikan pelbagai input kepada pelajar walaupun Ketika ini pelajar bergelut di dalam pandemik COVID-19.

Tarikh Input: 04/10/2022 | Kemaskini: 04/10/2022 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEYVAW~