Wakaf Pertanian INTROP@WAZAN UPM: Ikhtiar Alternatif Keterjaminan Makanan Ummah | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN introp
» BERITA » Wakaf Pertanian INTROP@WAZAN UPM: Ikhtiar Alternatif Keterjaminan Makanan Ummah

Wakaf Pertanian INTROP@WAZAN UPM: Ikhtiar Alternatif Keterjaminan Makanan Ummah

Program penyelidikan HICOE Fasa II berkaitan (Smart Nursery) buluh yang menggunakan AI telah mendapat perhatian dari industri, komuniti serta orang awam.  Tambahan lagi, sebuah Syarikat peranti AI iaitu Data Bolt Sdn Bhd telah mempelawa Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) untuk berkerjasama dalam menjayakan (Centre of Excellent “CoE” in artificial Intelligence for Smart Farming). Objektif (CoE) adalah untuk memantapkan pengunaan AI dalam pertanian dan ini sekaligus memberi kelebihan kepada (INTROP) untuk membangunkan tanaman perhutanan dari peringkat nuseri sehingga sampai ke peringkat pengurusan diladang sebenar.

Kerjasama didalam (CoE) ini pula dilihat sangat sesuai bagi memulakan aktiviti wakaf pertanian dengan menggunakan sumber tanaman makanan. Mesyuarat awal bersama pihak Wakaf, Zakat dan Endowmen telah memberikan pandangan bahawa Wakaf Pertanian ini menepati masa dan bertepatan dengan aspirasi pertanian untuk rakyat. Selain skim wakaf, pihak WAZAN juga bersetuju untuk menggunakan platform dana awam, (crowd funding), iaitu UPM Prihatin sebagai wadah menampung program yang akan dijalankan berkaitan inisiatif pertanian ini. Inisiatif wakaf pertanian ini juga diwujudkan bagi membantu pelajar mendapat kemahiran, kecekapan, pendapatan sampingan dan pembangunan diri dalam program tersebut. Mereka pula berpeluang membantu komuniti dan asnaf lain melalui latihan pertanian (smart farming) yang akan diajarkan serta dilakukan mereka untuk memberi manfaat kepada golongan yang memerlukan.

Faedah atau impak yang akan diperolehi daripada program Wakaf Pertanian ini adalah seperti berikut pertamanya dapat menjana pendapatan wakaf yang berterusan daripada aktiviti pertanian lestari untuk manfaat kebajikan ummah seperti membiayai pendidikan, dan bantuan kepada golongan memerlukan. Kedua memberi peluang kepada komuniti tani untuk mengusahakan tanah wakaf secara berkumpulan atau koperasi bagi meningkatkan kecekapan pengurusan dan pemasaran hasil pertanian. Ketiga mengamalkan amalan pertanian lestari, pertanian organik, penggunaan baja semulajadi, pengitaran semula sisa pertanian dan pemuliharaan biodiversity secara manual dan digital. Keempat meningkatkan pengeluaran makanan secara mapan kepada pengusaha skala kecil bagi menjamin kecukupan keperluan entiti terlibat. Terakhirnya iaitu yang kelima menyediakan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan masyarakat luar bandar melalui aktiviti pertanian dan pemprosesan produk.

Pihak yang dicadangkan untuk terlibat pada peringkat awalnya terdiri daripada penyelidik serta staf INTROP, pihak WAZAN, Pusat Islam Universiti, wakil – wakil fakulti terlibat di Universiti Putra Malaysia, (UPM) dan tidak terkecuali pihak Industri seperti Databolt Sdn Bhd serta TechfarmExpert Sdn Bhd yang akan terlibat didalam mencipta aplikasi urustani bagi penanaman sayur kormersial. Para penerima manfaat wakaf pertanian pula terdiri daripada pelajar asnaf dan ahli agrokomuniti seperti Kebun Komuniti, KRT Taman Kiaramas Kluang, Johor yang merupakan Pemenang Anugerah pada tahun 2023 di Konvensyen Pertanian Kebangsaan UPM dan Bengkel IKS, Koperasi Kariah Masjid Kundur Ulu Rembau Bhd (KOMASKU) yang mana ladang buluh milik mereka menjadi sumber makanan bagi panda di Zoo Negara Malaysia.

Mengikut perancangan awal antara aktiviti dirancang adalah latihan pemasangan fertigasi tanaman cili dan AI hidroponik sayuran di dua tempat iaitu (herbs garden), Masjid UPM dan Pusat Jagaan Kanak – Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah. Kedua – dua tempat tersebut dicadang akan menggunakan dana daripada tabung manfaat wakaf pertanian dan tabung UPM prihatin.

Pelajar Tahun Akhir Bersama Pengurus Pusat Jagaan Kanak – Kanak Yatim/Miskin Rukaiyah Sedang Menyusun Sayuran di Sistem AI Hidroponik.

 

Tempoh perlaksanaan latihan dijangka adalah selama enam bulan dengan sasaran tuaian yang bersesuaian dengan saiz hidroponik sedia ada. Pemasangan sistem AI dan hidroponik akan dibantu oleh Syarikat Databolt Sdn Bhd. Inisiatif seterusnya pula, setelah membuat tinjauan di Rumah Pengasih Warga Penyayang, Kajang, dan nurseri buluh Rembau akan menjadi tempat untuk membuat pemasangan system tersebut seterusnya.

Salah Seorang Staf INTROP Sedang Menyediakan Madia Tanaman Untuk Penanaman Fasa 1 Pokok Cili dan Terong Hasil Sumbangan Wakaf

 

Pada peringkat awal ini juga, pihak INTROP amat berbangga dan berterima kasih dengan penerimaan sumbangan wakaf yang terdiri daripada sumbangan bahan tanaman, bahan pertanian, peralatan pertanian dan bahan permulaan bagi program wakaf daripada pihak agrokomuniti Taman Kiaramas, Kluang, Johor yang di anggarkan bernilai lebih enam ratus ringgit Malaysia.

Borang pengistiharan penerimaan sumbangan wakaf oleh pihak Kubun Komuniti Taman Kiaramas, Kluang Johor.

 

Kesimpulannya konsep waqf mempunyai potensi yang besar untuk membentuk masa depan pertanian lestari. Secara tradisinya, waqf telah digunakan untuk tujuan amal seperti membina masjid, sekolah dan hospital dengan mendedikasikan aset atau tanah untuk kepentingan masyarakat, dengan hasil yang digunakan untuk tujuan amal tertentu. Dalam konteks pertanian, wakaf dapat menyediakan penyelesaian inovatif untuk keterjaminan makanan, amalan pertanian lestari dan pembangunan luar bandar. Mengintegrasikan konsep wakaf ke dalam pertanian memberi peluang untuk menangani beberapa cabaran mendesak, termasuk keselamatan makanan, keterjaminan makanan dan kelestarian alam sekitar. Dengan menggunakan sumber wakaf untuk menggalakkan amalan pertanian yang inovatif, mampan dan berasaskan komuniti, wakaf boleh memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan pertanian yang lebih berdaya tahan dan saksama.

Tarikh Input: 12/03/2025 | Kemaskini: 12/03/2025 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
X, (09:58:26pm-10:03:26pm, 24 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]