Webinar: Blue Carbon And Its Trading Potential | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Webinar: Blue Carbon and its Trading Potential

Webinar: Blue Carbon and its Trading Potential

Unit Strategik Karbon Biru, INTROP bersama New Sarawak Tribune telah menganjurkan seminar bertajuk “Webinar on Blue Carbon and its Trading Potential” pada 15 September 2023 yang diadakan melalui aplikasi mesyuarat Zoom.

Ekosistem Karbon Biru (paya bakau dan rumput laut) telah dianggap sebagai penyelesaian bersandarkan alam semulajadi bagi penebatan perubahan iklim. Oleh karena kemampuannya untuk menyimpan dan mengikat lebih karbon daripada ekosistem daratan lain, ia telah mendapat sambutan daripada segi kepentingan dalam penyelidikan dan masyarakat perniagaan. Sebagai usaha bersama untuk menebat perubahan iklim berterusan, pasaran karbon dan mekanisme perniagaan karbon kian bertambah menjadi lebih ketara di dalam ekonomi global. Webinar telah diadakan untuk memberi kesedaran mengenai kredit karbon biru dan bagaimana ia boleh diniagakan dalam pasaran.

Dua orang pembentang, pakar dalam perkara ini, iaitu Pengarah, Southridge Malaysia Sdn. Bhd. dan Ketua Pegawai Eksekutif, Enggang (Pekan) Sdn. Bhd. Dr. Jane Koh dan Dr. Waseem Razzaq Khan, Penyelidik Bersekutu, INTROP telah berkongsi kefahaman masing-masing yang bernilai mengenai tajuk bersama para peserta. Dr. Jane Koh, seorang ahli sains lestari telah mendapat PhDnya mengenai ekologi politik kredit karbon di UPM, telah mengutarakan peranan yang berguna dalam projek kredit karbon yang merujuk kepada tindakan iklim. Dr. Waseem Razzaq Khan  telah menerangkan kepentingan ekosistem karbon biru (paya bakau dan rumput laut) di Malaysia yang menunjukkan kadar pengikatan tinggi karbon dioksida. 

Webinar ini telah dihadiri seramai 155 peserta dari 5 negara (Indonesia, Filipina, Laos, Pakistan dan Malaysia) yang terdiri daripada pelbagai pihak yang berkepentingan daripada  agensi kerajaan, swasta, agensi bukan-kerajaan dan universiti.  Hampir 50% adalah penyertaan dari luar negara. Oleh kerana Malaysia sedang bergerak maju ke arah penyertaan aktif dalam pasaran karbon dan perniagaan karbon, INTROP akan menganjurkan lebih banyak lagi seminar yang serupa untuk mendidik dan meningkatkan kesedaran perkara yang berkenaan.

New Sarawak Tribune :

https://www.newsarawaktribune.com.my/malaysia-playing-active-role-in-helping-to-minimise-greenhouse-effect/?fbclid=IwAR0-Zvddx2vn9z2Xf0V29KmlTV0iYJpymCJEJmMNh0QymuZfWtEd_BRCEvE

Tarikh Input: 04/10/2023 | Kemaskini: 04/10/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdEAm~