Webinar Kayu Tropika Dan Gentian: Kemajuan, Potensi Dan Cabaran Dalam Kajian Serta Penggunaan. | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Webinar Kayu Tropika dan Gentian: Kemajuan, Potensi dan Cabaran dalam Kajian serta Penggunaan.

Webinar Kayu Tropika dan Gentian: Kemajuan, Potensi dan Cabaran dalam Kajian serta Penggunaan.

5 Mei 2021

9.45 pagi – 12.30 tengah hari

 

Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM), INTROP telah menganjurkan seminar bertajuk ‘Webinar on Tropical Wood and Fibre: Development, Potential and Challenges in Research and Application’ pada 5 Mei 2021 yang diadakan melalui aplikasi Zoom Meeting. Program ini turut dihadiri oleh Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Abdan yang telah memberi ucapan alu-aluan pembukaan program.

Sesi ceramah dimulakan oleh Pn. Yani Japaruddin dari Sabah Softwoods Berhad dengan tajuk pembentangan ‘Issues and Challenges in Forest Plantation Management: SSB's Experience’. Sesi berikutnya diteruskan oleh Dr. Roger Meder daripada Meder Consulting Australia yang juga merupakan konsultan Borneo Forest Cooperative (BFC). Tajuk yang disampaikan oleh beliau ialah ‘Towards Precision Forestry: The Role of Non-Destructive Evaluation in Managing Forests and Characterising Wood Products’. Pembentang terakhir webinar disampaikan oleh Dr. Huang Siqi, pensyarah di Institute of Bast Fibre Crops, China dengan tajuknya iaitu ‘Hybrid Kenaf Breeding and Utilization in China’.  

Webinar ini telah dihadiri seramai 40 peserta dari pelbagai agensi kerajaan, swasta dan pelajar yang telah memberi inspirasi kepada pembelajaran mengenai potensi dan cabaran dalam memperkasakan perladangan hutan dan industri gentian. Kami berharap kerjasama ini dapat membawa kolaborasi penyelidikan lebih berdaya saing di masa depan untuk memastikan pengurusan biosumber gentian dan perkayuan yang lestari.

Tarikh Input: 29/06/2021 | Kemaskini: 29/06/2021 | hasnan

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaVAP~