WEBINAR : VISUALISING BLUE CARBON EMISSIONS AND SEQUESTRATION | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » WEBINAR : VISUALISING BLUE CARBON EMISSIONS AND SEQUESTRATION

WEBINAR : VISUALISING BLUE CARBON EMISSIONS AND SEQUESTRATION

Unit Strategik Karbon Biru, INTROP dengan kolaborasi daripada New Sarawak Tribune dan Institut EkoSains Borneo telah mengadakan satu seminar bertajuk ‘Webinar on Visualising Blue Carbon Emissions and Sequestration' melalui Applikasi Zoom  pada 13 hb Disember 2023.

Terdapat dua jenis hadirin bagi menggambarkan data iaitu hadirin menarik (pull audience) dan hadirin menolak (push audience); hadirin menarik sudah mempunyai soalan terlebih terdahulu mengenai data sendiri manakala hadirin menolak tidak mempunyai soalan terlebih terdahulu.

Dua penceramah, dan pakar bidang iaitu Mr. Antony Turner, Ketua Pegawai Eksekutif, Real World Visuals, suatu syarikat yang berpangkalan di United Kingdom dan Pengarah Kreatifnya Dr. Adam Nieman telah berkongsi pengalaman dan ilmu pengetahuan mereka dengan para peserta untuk memberikan kefahaman yang lebih baik mengenai sains melalui kaedah penggambaran data. Dengan memberi fokus kepada karbon biru dan pengikatan semulajadi dalam penggambaran data, pendekatan hadirin menarik (pull audience) membenarkan mereka untuk melihat rujukan yang sebenar melalui grafik abstrak serta meningkatkan perhubungan mereka dengan data asas. 

Sejumlah 131 peserta daripada universiti, institut penyelidikan, agensi kerajaan, sektor swasta dam Pertubuhan Bukan Kerajaan daripada lapan negara (Jepun, China, Indonesia, Filipina, Laos, Pakistan, Arab Saudi dan Malaysia) yang berminat untuk belajar lebih lanjut mengenai penggambaran data bagi emisi dan pengikatan karbon biru telah menyertai webinar yang dimoderasikan oleh Dr. Waseem Razzaq Khan, Penyelidik Bersekutu, INTROP, Universiti Putra Malaysia.

Tarikh Input: 19/01/2024 | Kemaskini: 19/01/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdIA6~