Pengenalan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» LABORATORI » Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM) » Pengenalan

Pengenalan

Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan adalah sebahagian daripada Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan di Universiti Putra Malaysia. Objektif laboratori ini adalah untuk meningkatkan keupayaan pengurusan dan pengetahuan berkaitan biosumber hijau khususnya di hutan hujan tropika. Tujuan utama penyelidikan di laboratori adalah untuk membangunkan teknik terkini kearah memelihara dan memulihkan biosumber hijau dan mengurangkan pemanasan global dan degradasi biodiversiti tempatan. Di antara kaedah terbaik adalah melalui program saringan, pemilihan dan perladangan yang dapat meningkatkan nilai ekonomi bagi biosumber hijau tersebut. Seterusnya, peningkatan nilai ini dapat disokong melalui penyelidikan di laboratori yang berasaskan produk dan perkhidmatan ekopelancongan. Selain itu, penyelidikan ke atas penilaian produktiviti hutan menggunakan teknologi penderiaan jauh dan sistem maklumat geografi turut diberi penekanan.

Prof. Madya Dr. Zaiton Samdin
Ketua
Laboratori Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM)
Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor

Tel : 03-8947 1783
Faks : 03-8947 1896
E-mel : zaisa@upm.edu.my

 

 

Kemaskini:: 10/01/2018 [sakinatul]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1566356900