Program Penyelidikan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» LABORATORI » Pengurusan Biosumber Mampan (BIOREM) » Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

PROGRAM 1

(1) SUMBER PHYTO, PEMILIHAN DAN PERLADANGAN
      Ketua Program : Dr. Ruzana Adibah binti Mohd Sanusi

 

PENGENALAN

Program ini merangkumi penyaringan dan pengenalpastian varieti unggul spesies hutan ladang yang berpotensi untuk industri berasaskan kayu dan bio, serta pengkomersialan spesies tanaman hutan ladang yang baharu melalui pengembangan sistem hutan ladang yang lestari. Fokus program ini adalah untuk mengembangkan kualiti bahan penanaman yang unggul untuk tanaman hutan lading dan tanaman gentian. Secara khususnya, program ini turut menumpukan kepada penyelidikan yang berkaitan dengan penyaringan, kultur tisu, pengenalpastian dan pencirian sumber gentian dan menjalankan kajian tapak secara khusus. Dalam program ini, tindak balas pokok dan komuniti pokok dalam aspek morfologi dan fisiologi terhadap persekitaran semula jadi iaitu sinaran matahari, ketersediaan air dan nutrien juga dijalankan. Selain itu, interaksi sosial dalam ekosistem hutan ladang turut dikaji dalam program ini.

 

Skop penyelidikan

  1. Pemilihan, penambahbaikan dan pengurusan sumber tanaman ladang hutan.
  2. Kesesuaian persekitaran untuk penubuhan ladang hutan.
  3. Pengurusan tapak semaian tanaman.
  4. Pembiakan berskala besar bahan penanaman berkualiti.
  5. Fisiologi tumbuhan dan interaksi persekitaran.
  6. Pengurusan kesihatan tanaman.
  7. Interaksi sosial di ladang hutan.
  8. Kesan persekitaran ladang hutan.

 

Pemegang taruh: Agensi kerajaan, syarikat hutan ladang swasta, organisasi bukan kerajaan dan persatuan professional, pihak berkuasa tempatan, institusi penyelidikan antarabangsa ((i.e. Borneo Forestry Cooperative (BFC) dan CIRAD)

Ahli pakar / Expertise:

Bil.

Nama

PTJ

1.

Prof. Dr. Hazandy Bin Abdul Hamid

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

2.

Prof. Dr. Ahmad Ainuddin bin Nuruddin

INTROP

3.

Dr. Mohd Hakiman bin Awang Mansor

Fakulti Pertanian

4.

Prof. Madya Dr. Zaiton Samdin

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

5.

Dr. Razak bin Terhem

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

6.

Dr. Norhisham bin Razi

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

7.

Dr. Jean-Marc Roda

CIRAD-UPM

8.

Dr. Sheriza Mohd Razali

INTROP

9.

Dr. Norfaryanti Kamaruddin

INTROP

 

Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) / Sustainable Development Goals (SDGs)

  • Matlamat 1 - Tiada Kemiskinan
  • Matlamat 12 - Penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab
  • Matlamat 13 - Tindakan iklim
  • Matlamat 15 - Kehidupan di darat

 


 PROGRAM 2

(2) PENGURUSAN HUTAN HUJAN TROPIKA & PERKHIDMATAN EKOSISTEM
       Ketua Program : Prof. Madya Dr.  Puan Chong Leong 

 

PENGENALAN

Program ini merangkumi aplikasi pelbagai pendekatan penyelidikan untuk meningkatkan pemahaman terhadap proses ekosistem hutan hujan tropika untuk menyumbang ke arah kelestarian pengurusan biosumber, pemuliharaan dan perlindungan biosumber. Aspek penyelidikan merangkumi barangan dan perkhidmatan ekosistem, penyerapan karbon hutan semulajadi, sumber kayu dan gentian; dinamik dirian hutan, dan penggunaan spesies tanaman asli di hutan semulajadi dan hutan buatan manusia. Program ini juga mengembangkan dan menerapkan pendekatan penilaian berdasarkan ekosistem yang akan menyokong dan meningkatkan kelangsungan hidup dan kualiti hidup manusia secara langsung atau tidak langsung.

 

Skop penyelidikan / Research scopes:

  1. Barangan dan perkhidmatan ekosistem.
  2. Pemulihan hutan.
  3. Perubahan iklim dan ekosistem hutan.
  4. Perhutanan karbon.
  5. Pemuliharaan flora & fauna.
  6. Pengurusan hutan yang ditanam.
  7. Penilaian hutan dan masyarakat.
  8. Kajian tekno-ekonomi & dasar industri kayu / gentian.
  9. Penilaian ekonomi.
  10. Perancangan pengurusan hutan.
  11.  

Pemegang taruh: Agensi kerajaan, syarikat hutan ladang swasta, organisasi bukan kerajaan dan persatuan profesional, pihak berkuasa tempatan, institusi penyelidikan antarabangsa (seperti Borneo Forestry Cooperative (BFC) dan CIRAD)

Ahli pakar / Expertise:

Bil.

Nama

PTJ

1.

Prof. Madya Dr. Zaiton Samdin

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

2.

Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin

INTROP

3.

Dr. Norzanalia binti Saadun

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

4.

Dr. Ruzana Adibah binti Mohd Sanusi

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

5.

Dr. Wan Nurhidayah binti W Mohamad

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

6.

Prof. Dr. Hazandy bin Abdul Hamid

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

7.

Dr. Jean-Marc Roda

CIRAD-UPM

8.

Dr. Siti Nurhidayu binti Abu Bakar

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

9.

Dr. Razak bin Terhem

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

10.

Dr. Norhisham bin Razi

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

11.

Dr. Sheriza Mohd Razali

INTROP

12.

Dr. Norfaryanti Kamaruddin

INTROP

 

Matlamat Pembangunan Lestari / Sustainable Development Goals (SDGs):

  • Matlamat 1 - Tiada Kemiskinan
  • Matlamat 6 – Air Bersih dan Kebersihan
  • Matlamat 12 - Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab
  • Matlamat 13 - Tindakan Iklim
  • Matlamat 15 - Kehidupan di Darat

 


 PROGRAM 3

(3) SAINS DATA PERHUTANAN & ANALISAAN
       Ketua Program : Dr. Sheriza Mohd Razali

 

PENGENALAN

Program ini merangkumi penerapan teknologi termaju untuk menyokong sistem pengurusan hutan lestari untuk hutan hujan tropika serta meningkatkan kecekapan dan menghubungkan semua aspek data dan maklumat perhutanan di peringkat tempatan, nasional, dan global melalui rangkaian digital yang teratur. Program ini turut menjalankan analisa terpeinci terhadap strategi industri khususnya industri perhutanan yang merangkumi perancangan jangka panjang sistem pengeluaran, bersama dengan dimensi ekonomi, organisasi, perniagaan, sosial dan inovasi. Strategi perindustrian hutan adalah komponen geopolitik sumber semula jadi dan tenaga. Ini merangkumi interaksi biojisim hutan dan lignoselulosa dengan pelbagai interaksi penggunaan dan produksi tanah, dalam landskap mosaik yang kompleks, serta hubungan kekuatan dan pengaruh perdagangan, ekonomi dan kewangan. Penyelidikan dalam program ini menganalisis kerumitan dalam pelbagai skala, menggunakan dan mengembangkan kaedah termasuk pemodelan matematik, data raya, sistem maklumat geografi, penginderaan jauh, analitik perniagaan dan pelbagai teknologi digital yang lain. Analitis diterapkan dalam pelbagai topik penyelidikan dalam program ini untuk mengukur mosaik hutan serta kerumitannya dan memberikan perincian terhadap penemuan penyelidikan.

 

Skop penyelidikan / Research Scopes:

  1. Sistem Maklumat Geografi (GIS) dalam pengurusan hutan.
  2. Aplikasi penderiaan jauh.
  3. Aplikasi kenderaan udara tanpa pemandu (UAV).
  4. Internet of Things (IoT) untuk perlindungan hutan.
  5. Kecerdasan buatan (AI) untuk pemantauan.
  6. Perlombongan data raya dan visualisasi.
  7. Analisis ramalan dan preskriptif.
  8. Analisis tingkah laku.
  9. Analisis rangkaian kewangan.
  10. Analisis rantaian bekalan.
  11. Analisis pasaran.
  12. Ekonomi biosumber.

 

Pemegang taruh: Agensi kerajaan, industri berasakan bio dan kayu, organisasi bukan kerajaan dan persatuan professional, pihak berkuasa tempatan, komuniti tempatan, institusi penyelidikan antarabangsa ((i.e. Borneo Forestry Cooperative (BFC) dan CIRAD)

 

Ahli pakar / Expertise:

Bil.

Nama

PTJ

1.

Dr. Jean-Marc Roda

CIRAD-UPM

2.

Prof. Madya Dr. Norizah Kamaruddin

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

3.

Prof. Dr. Ahmad Ainuddin Nuruddin

INTROP

4.

Dr. Ruzana Adibah binti Mohd Sanusi

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

5.

Dr. Norfaryanti Kamaruddin

INTROP

6.

Prof. Madya Dr. Zaiton Samdin

Sekolah Perniagaan dan Ekonomi

7.

Prof. Madya Dr. Puan Chong Leong

Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar

 

Matlamat Pembangunan Lestari / Sustainable Development Goals (SDGs):

  • Matlamat 8 - Pekerjaan yang Bersesuaian dan Pertumbuhan Ekonomi
  • Matlamat 9 – Industri, Inovasi dan Infrastruktur
  • Matlamat 12 - Penggunaan dan Pengeluaran yang Bertanggungjawab
  • Matlamat 13 – Tindakan Iklim 
  • Matlamat 15 - Kehidupan di Darat

Kemaskini:: 29/02/2024 [amallina.osman]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXDcQAP~