WEBINAR : Tanah Bencah Dan Karbon Biru | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » WEBINAR : Tanah Bencah dan Karbon Biru

WEBINAR : Tanah Bencah dan Karbon Biru

Webinar “Tanah Bencah dan Karbon Biru” (Wetlands and Blue Carbon)  telah dikelolakan pada 2hb Mei 2024 oleh Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar dengan kerjasama Unit Strategik Karbon Biru, Institut Perhutanan Tropika dan Hasil Hutan (INTROP), Universiti Filipina Los Banos dan Universitas Mataram, Indonesia. Empat orang pembentang dari rantau Asia Tenggara telah dijemput untuk berkongsi mengenai kepentingan ekosistem tanah bencah dalam menangani isu karbon biru dan perubahan iklim. Keempat-empat pembentang ialah:

Capitalising global blue carbon assets and potentials by protecting mangroves of Malaysia

Dr. A. Aldrie Amir

Senior Lecturer / Research Fellow

Institute for Environment and Development (LESTARI)

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

 

Local Perceptions of Blue Carbon

Dr. Jay Mar Quevedo

Research Fellow, Asia Research Institute

National University of Singapore (NUS)

 

Future-proofing mangrove blue carbon governance

Prof. Dixon T. Gevaña

Director, Forestry Development Center, College of Forestry and Natural Resources & Professor, Department of Social Forestry and Forest Governance, University of the Philippines Los Baños (UPLB)

 

Silvofishery: Lessons Learned from Participatory Action Research in West Nusa Tenggara

Madam Eni Hidayati

Universitas Mataram (UNRAM) & PhD candidate, the Australian National University (ANU)

Webinar telah disertai oleh sejumlah 113 peserta daripada institusi pengajian tinggi, agensi kerajaan dan organisasi bukan Kerajaan (NGO)  dari  enam buah negara: Malaysia, Indonesia, Singapore, Philippines, Pakistan, and Australia. Walaupun sudah banyak kajian telah dilaksanakan di semua tahap, masih terdapat banyak lagi perkara yang  harus di laksanakan untuk menemui isu baru. Terdapat banyak kengkangan dan luang dalam kerja pemuliharaan mengenai paya bakau dan karbon biru dan antara yang telah dikenalpasti ialah :

  • keperluan bagi penyelidik untuk berkerjasama dengan agenda yang lebih jelas, yang mungkin membawa kepada penggunaan secara lestari hutan paya bakau; 
  • para penyelidik perlu melihat bagaimana kerja-kerja kita boleh membantu satu sama lain bukan untuk mewujudkan kerja ulangan;
  • penemuan penyelidikan harus dapat membantu para pemegang taruh yang berkenaan untuk mencapai kaedah pembuatan keputusan secara termaklum;
  • menjalankan penyelidikan yang lebih menyeluruh dengan mengamilkan semua bidang kajian (e.g. sosial, budaya, politik) selain daripada kajian ekologi dan biologi yang seringkali dilaksanakan ke atas paya bakau. Lebihkan lagi penyelidikan ke atas masyarakat diperlukan – persepsi dan sikap kerana merekalah pemegang taruh yang terdepan kepada isu paya bakau dan karbon biru di tapak yang berkenaan dan merekalah penyokong inisiatif pemuliharaan paya bakau;
  • memastikan usaha kita dengan masyarakat setempat mampu dilestarikan dalam jangka masa panjang dan tidak terhad oleh faktor seperti bantuan kewangan.
  • Penilaian ialah suatu proses yang kritikal yang harus dikamirkan ke dalam peta tapak jalan dan projek agar kita mendapat hasil yang lebih jelas dan ternampak dan kefahaman yang lebih baik mengenai keadaan yang akan memandukan kita mengenalpasti apa yang boleh dilaksanakan dan apa yang tidak boleh dilaksanakan;
  • Wawasan masyarakat dan aspirasi harus dirangkumkan ke dalam peta tapak jalan agar pemuliharaan paya bakau dan keperluan masyarakat berjalan selari, dan usaha harus dapat diterima oleh masyarakat.

 

Tarikh Input: 29/05/2024 | Kemaskini: 29/05/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
F, (06:08:48am-06:13:48am, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]