Moto & Logo EKSA | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» MENGENAI KAMI » EKSA » Moto & Logo EKSA

Moto & Logo EKSA

MOTO

“Persekitaran Kondusif Pencetus Transformasi Kerja Berkualiti “

 

LOGO

 

RASIONAL LOGO EKSA

  • UPM Ilustrasi Anjung Putra merupakan lakaran mercu tanda Universiti Putra Malaysia. Ia menjadi lambang kebanggaan setiap warga UPM.
  • Garisan Tapak berbentuk melengkung merupakan simbolik kepada rupa bentuk tanah UPM dan berkait rapat dengan alam semulajadi.
  • Tipografi 'EKSA UPM’ jenis font Carbon dicondongkan ke kanan menunjukkan halatuju dinamik universiti yang sentiasa bergerak maju ke hadapan dalam melaksanakan sistem amalan EKSA.
  • ‘Imej Daun Palma’ yang sinonim sebagai ikon UPM melambangkan persekitaran kerja kondusif yang menyokong kepada kelestarian hijau.

 

Pengertian Warna

  • MERAH UPM: Melambangkan pembudayaan kualiti di kalangan kakitangan UPM selaras dengan statusnya sebagai salah satu Universiti Penyelidikan (RU) terkemuka di Malaysia.
  • KELABU UPM: Menggambarkan peranan pihak pengurusan yang komited dalam penyediaan persekitaran kerja yang kondusif di setiap PTJ di UPM.
  • HIJAU: Penggunaan dua tona hijau mewakili amalan kelestarian hijau dan persekitaran yang harmoni. Warna hijau dipilih mengesahkan pengiktirafan kepada UPM yang memartabatkan kampus kelestarian hijau.

 

Kemaskini:: 20/05/2025 [amallina.osman]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
X, (03:38:49am-03:43:49am, 14 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]