Pada 17 Oktober 2025 (Jumaat), Jawatankuasa Siswazah lnstitut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia, telah menganjurkan Program Promosi Siswazah INTROP untuk Politeknik Nilai secara talian melalui aplikasi Google Meet. INTROP telah diwakili oleh Prof. Madya Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff dan En. Mohd Ashadie Kusno.
Objektif program ini adalah untuk berkongsi informasi mengenai bidang-bidang yang ditawarkan di INTROP bagi pengajian di peringkat ljazah Sarjana (Master) dan ljazah Doktor Falsafah {PhD) secara amnya kepada pelajar dan khusus kepada para pensyarah dan kakitangan yang berkaitan di Politeknik Nilai, Negeri Sembilan.
Program promosi siswazah kali ini difokuskan kepada pensyarah dan kakitangan serta pelajar Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Agroteknologi dan Bio-industri, Politeknik Nilai, Negeri Sembilan. Program ini bermula jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 10.00 pagi di bilik mesyuarat H. Cannabinus INTROP,UPM.
Kita telah mendapat 9 daripada maklumbalas daripada 47 orang pensyarah dan pelajar yang hadir pada program ini. Hasil daripada maklumbalas tersebut terbahagi kepada 2 bahagian iaitu demografi responden dan maklumbalas untuk pengajian pascasiswazah.
Program yang menarik minat responden dalam Master of Sciences (MSc) ialah Biofibre Characterization, Treatment & Processing Technology, dan Biocomposite Manufacturing Technology serta Biomass Industry Pollution Control masing-masing sebanyak 62.5%. Seterusnya, sebanyak 50% responden meminati program Tropical Rainforest Management & Ecosystem services. Program Phytoresources, Selection and Plantation, Forestry Data Science & Analytics, Advanced Hybrid Biocomposite Technology dan Biopolymer and Derivatives masing-masing sebanyak 37.5%. Biocomposite Product Design dan Pulp & Paper Technology and Products sebanyak 25% serta Wood Industry sebanyak 12.5%.
Bagi program Doctor of Philosophy (PhD), sebanyak 62.5% meminati Biocomposite Manufacturing Technology.
Antara perkara yang menjadi keutamaan kepada responden untuk sambung pengajian di INTROP ialah self-financial support (scholarship) dan cost of tuition fee. Selain daripada itu, bidang pengajian yang ditawarkan, jangkamasa dan keperluan untuk bergraduat turutm menjadi keutamaan responden.
Tarikh Input: 16/12/2025 | Kemaskini: 16/12/2025 | amallina.osman

Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
Malaysia