Bengkel Landskap Pertanian Lestari Di Asia Tenggara (SALSA) Platform Pembangunan Perkongsian (WorDeP SALSA) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Bengkel Landskap Pertanian Lestari di Asia Tenggara (SALSA) Platform Pembangunan Perkongsian (WorDeP SALSA)

Bengkel Landskap Pertanian Lestari di Asia Tenggara (SALSA) Platform Pembangunan Perkongsian (WorDeP SALSA)

15 May, Serdang – Workshop on Sustainable Agricultural Landscapes in Southeast Asia (SALSA) Development Platform of Partnerships (WorDeP SALSA) telah diadakan di Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia. Seminar ini yang berlangsung selama 3 hari bertujuan untuk membincangkan skop saintifik serta kerangka ilmiah secara terpeinci untuk mendifinisikan skop penyelidikan dan jaringan bagi platform Sustainable Agricultural Landscapes in Southeast Asia (SALSA). Platform ini diasaskan oleh empat entiti, Universiti Putra Malaysia (UPM), Institut Pertanian STIPER (INSTIPER), University of Philippines Los Banos (UPLB), dan French Agricultural Development Institute (CIRAD).

Seminar ini telah dihadiri oleh wakil dari tiga institusi pengasas iaitu, Dr. Ir. Agus Setyarso, Penasihat INSTIPER, Prof. Dr. Nathaniel Bantayan, Naib Canselor (Penyelidikan), University of Philippines Los Banos (UPLB), dan Dr. Jean-Marc Roda, Pengarah Wilayah Asia Tenggara CIRAD. Seramai 3 orang pegawai mewakil agensi kerajaan tempatan iaitu Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), dan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB). Selain itu, wakil Pusat Tanggungjawab UPM yang lain turut serta dalam bengkel ini, iaitu, Institut Pertanian Tropika dan Sekuriti Makanan (ITAFOS), Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar, Institut Ekosains Borneo (IEB), UPM Kampus Bintulu. Seminar selama tiga hari ini telah menumpukan perbincangan terhadap skop dan hala tuju penyelidikan SALSA. Selain itu, lawatan ke ladang buluh Clarity Crest Sdn Bhd dan Taman Rekreasi Paya Bakau Kg. Sijangkang turut diadakan bagi membina jaringan kolaborasi melalui SALSA.

  

 

Tarikh Input: 15/06/2023 | Kemaskini: 15/06/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdDAO~