Lawatan Tapak Dan Perbincangan Berkaitan Ujian Pelupusan Panel Kaligrafi Kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Lawatan tapak dan perbincangan berkaitan ujian pelupusan panel kaligrafi kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Lawatan tapak dan perbincangan berkaitan ujian pelupusan panel kaligrafi kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam

Shah Alam, Selangor, 8 Februari 2024 – Jabatan Mufti Negeri Selangor telah menjemput pihak Institut Perhutanan Tropika & Produk Hutan (INTROP) dan Pusat Islam Universiti Putra Malaysia untuk lawatan tapak dan perbincangan berkaitan ujian pelupusan panel kaligrafi kubah Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Muzium Sultan Alam Shah, Shah Alam. Seramai enam orang penyelidik dan pegawai INTROP dan Pusat Islam telah hadir untuk lawatan dan perbincangan tersebut yang diketuai oleh Prof. Ir. Ts. Dr. Khalina Abdan, selaku Pengarah INTROP, Prof. Madya Dr. Mohd Zulkhairi Mohd Yusoff (Ketua Laboratori Biopolimer dan Bahan Terbitan), En. Mohd Ashadie Kusno (Pegawai Penyelidik), En. Mohd Lufti Mohd Tawil (Pegawai Sains) dan En. Mohd Hafizie Manap (Penolong Pegawai Sains) serta Ustaz Mohd Alif Mursyid Husry (Penolong Pendaftar (Agama)).

Panel kaligrafi kubah yang berusia 20 tahun yang di tempah khas dari Jerman ini mempunyai kalimah tertulis potongan ayat 18 - 19 dari Al-Quran surah At-Taubah yang di mulai dengan kalimah “Bismillahirrohmanirrohim”. Hasil daripada lawatan tersebut, pihak UPM telah dapat mengenal pasti cantuman panel kalimah Bismillahirrohmanirrohim namun kuantiti plat tersebut tidak lengkap sepenuhnya untuk menyempurnakan kalimah tersebut.  Semasa sesi lawatan tapak berkenaan, pihak INTROP telah menjalankan ujian di lapangan bagi pra-rawatan untuk proses pelupusan panel kaligrafi kubah berkenaan. Antara ujian yang di jalankan adalah menggunakan ejen alkali dan asid berkepekatan tinggi bagi melunturkan warna dan tulisan pada panel kaligrafi berkenaan. Walau bagaimanapun, cetakan berkenaan agak stabil dan tidak berjaya dilunturkan. Pihak INTROP sedang berusaha bekerjasama dengan rakan kolaborasi yang lain termasuk dari luar negara bagi mencari kaedah yang sesuai untuk pra-rawatan kepada panel kaligrafi kubah berkenaan bagi tujuan pelupusan.

Semoga dengan jaringan Kerjasama dan libat urus antara UPM dan pihak Muzium Sultan Alam Shah akan memberi manfaat kepada semua pihak dan ummah secara amnya.


 

 

Tarikh Input: 25/03/2024 | Kemaskini: 25/03/2024 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEOCAc~