INTROP Menerima Kunjungan Hormat Dari Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » INTROP Menerima Kunjungan Hormat Dari Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP)

INTROP Menerima Kunjungan Hormat Dari Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP)

UPM Serdang, 30 Sept – Delegasi dari Universiti Kolej Yayasan Pahang (UCYP) telah mengadakan kunjungan hormat di Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP). Delegasi diketuai oleh Pn. Hajjah Rugayah Bt Hussein selaku Timbalan Naib Canselor (Aset dan Pembangunan Infra) diikuti oleh Dr. Mohd Nozulaidi Bin Nordin iaitu Ketua Jabatan, Fakulti Sains, Kejuruteraan dan Agroteknologi, En. Mohd Nor Firdaus Bin Mohd Nordi iaitu Penolong Naib Canselor (Jabatan Pembangunan Perniagaan dan Komersial) dan En. Ezuan Hadi Bin Zulkefly sebagai Pensyarah (Jabatan Penyelidikan dan Jaringan Industri).

Kehadiran delegasi ini disambut oleh ahli Pengurusan dan staf. Kedua-dua institusi telah mengadakan perbincangan ke arah kerjasama dalam penyelidikan pokok Paulownia yang berpotensi besar dalam industri perkayuan selain mendapatkan maklumat lanjut mengenai kaedah atau prosedur pendaftaran baka pokok di Malaysia.

Tarikh Input: 02/11/2021 | Kemaskini: 02/11/2021 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaNAc~