INTROP, UPM Lancar Skuad Rimba, Siri Animasi Isu Kelestarian Hutan Dan Alam Sekitar | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » INTROP, UPM lancar Skuad Rimba, siri animasi isu kelestarian hutan dan alam sekitar

INTROP, UPM lancar Skuad Rimba, siri animasi isu kelestarian hutan dan alam sekitar

BUKIT JALIL, 18 Februari - Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah melancarkan Skuad Rimba iaitu siri animasi 3D yang mengetengahkan isu kelestarian hutan dan alam sekitar.
 
Pengasas Skuad Rimba, Dr. Norfaryanti Kamarudin berkata siri animasi Edutainment itu memaparkan kandungan yang berkenaan penjagaan serta mendidik kanak-kanak untuk lebih menjaga alam sekitar dan ekosistem untuk masa depan.
 
“Skuad Rimba menonjolkan lima kanak-kanak yang mempunyai kuasa luar biasa berunsurkan alam antaranya tumbuhan, haiwan, tanah, api, air dan angin bersama watak adiwira baharu iaitu PUTRA Rimba,” katanya.
Tambah beliau, produk animasi ini kini sedang mencari pelabur untuk dapat menembusi pasaran media arus perdana seperti di stesen penyiaran, platform media sosial dan sebagainya.
 
Selain itu, antara yang terlibat dalam penghasilan Skuad Rimba iaitu Pengasas bersama, Dr. Syeed Saifulazry Osman Al-Edrus, dan Dr. Lee Seng Hua, Riana Liau Kang Ya serta dibantu oleh pelajar dari Kolej Komuniti Besut, Terengganu.
 
Skuad Rimba yang diterbitkan oleh MyRimba Sdn. Bhd. iaitu syarikat pemula bawah program Innohub UPM yang telah ditubuhkan pada Mei 2021 bertujuan menghasilkan animasi dan menyediakan kursus latihan untuk kesedaran dan mendidik masyarakat berkenaan kelestarian hutan dan alam sekitar.
 
Animasi Skuad Rimba boleh ditonton di platform YouTube Channel MyRimba dan untuk maklumat lanjut boleh layari laman web www.myrimba.com

Tarikh Input: 09/03/2023 | Kemaskini: 09/03/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEaPAY~