Kunjungan Hormat INTROP Bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri Dan Masyarakat) Ke Pejabat Menteri Perladangan Dan Komoditi Malaysia | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Kunjungan Hormat INTROP bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) ke Pejabat Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia

Kunjungan Hormat INTROP bersama Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) ke Pejabat Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Julai 2023 - Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) mengiringi Prof. Ir. Dr. B.T. Hang Tuah Baharudin, Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), Universiti Putra Malaysia (UPM) untuk bertemu YAB Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof, Timbalan Perdana Menteri II merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi. Pertemuan ini turut diiringi oleh Yang Amat Mulia Dato' Seri Diraja Syed Razlan ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Kunjungan ini disertai oleh Pengarah INTROP, Prof. Ts. Dr. Khalina Binti Abdan, bersama Pegawai Penyelidik Kanan, Dr. Norfaryanti Kamaruddin dan Pegawai Khas kepada Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat), En Rudie Tajuddin@TA.

Kunjungan ini adalah antara usaha untuk memperkasakan hubungan kerjasama dengan agensi, industri dan komuniti industri kelapa sawit di Malaysia dan serantau. Perbincangan ini turut melibatkan Dato’ Ahmad Wafi Bin Harussani, Setiausaha Sulit Kanan kepada Timbalan Perdana Menteri serta Tuan Severinus Tukah, Setiausaha Bahagian Kanan, Kemajuan Induustri Sawit dan Sago, Kemanterian Perladangan dan Komoditi.

Turut dibincang ketika pertemuan ini adalah mengenai inisiatif agroperhutanan dan pemuliharaan riparian di Malaysia, terutamanya di rantau Borneo yang penting dari segi ekologi, yang menawarkan penyelesaian yang mampan untuk menangani cabaran alam sekitar. Pendekatan agroperhutanan menyediakan pekebun kecil dengan kepelbagaian ekonomi dan meningkatkan produktiviti tanah sambil memelihara sumber semula jadi dan meningkatkan kesihatan tanah. Inisiatif ini juga membantu pemuliharaan hidupan liar dengan mewujudkan koridor habitat dan menghubungkan hutan yang berpecah-belah, memastikan kemandirian spesies terancam. Di samping itu, pemuliharaan riparian melindungi sumber air bersih dan ekosistem akuatik dengan memelihara kawasan penampan di sepanjang tebing sungai. Dengan menggunakan spesis ladang hutan asli, Malaysia memastikan keharmonian ekosistem dengan persekitarannya. Menerima amalan berasaskan alam semula jadi ini mempamerkan komitmen negara terhadap pembangunan mampan dan pemeliharaan biodiversiti yang tidak ternilai.

Perbincangan lanjut akan diteruskan yang melibatkan pelbagai agensi lain di bawah Kementerian ini. Usaha berkolaborasi di dalam negara serta luar negara dilihat sangat penting bagi terus memacu kemajuan sektor industri kelapa sawit di Malaysia dan rantau Asia Tenggara.

 

Tarikh Input: 24/07/2023 | Kemaskini: 28/07/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdMAR~