Kunjungan Hormat INTROP Dan Leave A Nest Co Ltd, Japan Ke Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Kunjungan Hormat INTROP dan Leave a Nest Co Ltd, Japan ke Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

Kunjungan Hormat INTROP dan Leave a Nest Co Ltd, Japan ke Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia

UPM Serdang, 30 Mei - Delegasi Leave a Nest Co Ltd, Japan dan Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) mengadakan kunjungan hormat ke Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Rombongan disertai oleh Dr. Yukihiro Maru, CEO Leave a Nest Co Ltd bersama En. Abdul Hakim Sahidi, Pengarah Urusan Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd, Dr. Yuko Ueno, Pengarah Leave a Nest Malaysia Sdn Bhd dan Dr. Kihoko Tokue, Pengarah Leave a Nest Singapore Pte. Ltd. Delegasi INTROP diketuai oleh Prof. Ts. Dr Khalina Abdan, Pengarah INTROP, Dr Syeed SaifulAzry, Pegawai Penyelidik Kanan, dan Dr. Lee Seng Hua, Felo Penyelidik. Mewakili Jabatan Pengajian Tinggi ialah Prof. Madya Dr Wan Zuhainis, Pengarah Bahagian Kecemerlangan Akademik, JPT, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Perbincangan berkisar tentang potensi kerjasama ketiga-tiga pihak dalam usaha membantu aktiviti pengkomersilan dan peningkatan skala penyelidikan serta pembangunan program keusahawanan di kalangan penyelidik di universiti awam Malaysia.

Tarikh Input: 31/05/2022 | Kemaskini: 31/05/2022 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbEAw~