KUNJUNGAN WAKIL SYARIKAT TS ASIA VENTURES SDN BHD KE INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN (INTROP) SERTA HOUSING RESEARCH CENTRE (HRC), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » KUNJUNGAN WAKIL SYARIKAT TS ASIA VENTURES SDN BHD KE INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN (INTROP) SERTA HOUSING RESEARCH CENTRE (HRC), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

KUNJUNGAN WAKIL SYARIKAT TS ASIA VENTURES SDN BHD KE INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN (INTROP) SERTA HOUSING RESEARCH CENTRE (HRC), UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA (UPM)

Serdang, 6 September 2023 – Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) bersama Housing Research Centre (HRC) telah menerima kunjungan hormat daripada Syarikat TS Asia Ventures Sdn Bhd yang diketuai oleh Presiden Syarikat, En. Mohd Zahid Bin Lan bersama ahli pasukannya iaitu En. Nor Ezlie Azram Nordin, Cik Norizan Ahmad, dan Cik Nurfarhana Adzhar. Pihak Syarikat TS Asia Ventures Sdn Bhd telah disambut oleh Prof. Ir. Dr. Ts. Khalina Abdan selaku Pengarah INTROP bersama Pengarah HRC UPM iaitu Prof. Madya Dr. Farah Aznieta Abd Aziz. Pertemuan yang berlangsung selama hampir 3 jam ini diadakan di Housing Research Centre (HRC), Fakulti Kejuruteraan, Universiti Putra Malaysia (UPM).

Pengarah INTROP, Prof. Ir. Dr. Ts, Khalina Abdan mempengerusikan mesyuarat kali pertama bersama Syarikat TS Asia Ventures Sdn Bhd dimana mesyuarat ini adalah kesinambungan daripada hasil pertemuan awal pihak syarikat dengan INTROP di Hari Bertemu Pelanggan LKTN yang diadakan baru-baru ini. TS Asia Ventures adalah sebuah syarikat yang terlibat dalam projek – projek telekomunikasi serta pembinaan perumahan penjawat awam dan hospital. Mereka tertarik dengan potensi kenaf dalam pasaran sebagai produk dan bahan tambahan dalam industri pembinaan terutamanya dalam teknologi industrial building system (IBS).

Mesyuarat secara rasmi di antara kedua belah pihak ini menjurus kepada pengenalan komersil kenaf khususnya potensi dan pengeluaran produk kenaf secara komersil serta penggunaan kenaf dalam industri terutamanya industri pembinaan, automatif, dan teknologi biokomposit. Perbincangan juga lebih menumpukan kepada hasil - hasil kajian yang telah dijalankan di UPM khususnya di INTROP dalam bidang yang berkaitan dengan penggunaan dan penghasilan produk berasaskan kenaf bagi tujuan penyelidikan dan komersil bermula sejak tahun 2004 iaitu diperingkat awal penubuhan INTROP.

Secara keseluruhannya, hasil daripada perbincangan ini pihak syarikat jelas dengan status penyelidikan dan kajian berkaitan produk berasaskan kenaf serta potensi-potensi bagi penyelidikan di masa akan datang. Pihak INTROP amat mengalu-alukan kerjasama bersama pihak industri dimasa akan datang di mana ia akan memberi peluang kepada para penyelidik INTROP dalam memberi sumbangan ilmu kepada pihak industri serta masyarakat selain merancakkan agenda jaringan dan perkembangan ilmu di UPM.

Tarikh Input: 21/09/2023 | Kemaskini: 21/09/2023 | amallina.osman

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEdLAa~