Projek Kesedaran Penggunaan Kertas Kitar Semula 2019 (Zon Tengah Dan Selatan) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» BERITA » Projek Kesedaran Penggunaan Kertas Kitar Semula 2019 (Zon Tengah dan Selatan)

Projek Kesedaran Penggunaan Kertas Kitar Semula 2019 (Zon Tengah dan Selatan)

 

Projek Kesedaran Penggunaan Kertas Kitar Semula Peringkat Kebangsaan 2019 ini merupakan projek komuniti anjuran bersama Univerisiti Putra Malaysia, Universiti Sains Malaysia dan Universiti Malaysia Kelantan.  Program ini dimulakan dengan Zon Utara yang telah diadakan di Universiti Sains Malaysia pada 2 Mei 2019. Sseterusnya Institut Perhutanan Tropika dan Produk Hutan (INTROP) UPM telah menjadi tuan rumah bagi Zon Tengah dan Selatan yang telah diadakan pada 17 Julai 2019 dan program yang terakhir akan diteruskan di Universiti Malaysia Kelantan bagi mewakili Zon Pantai Timur pada bulan Oktober.

 

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti

  • pendedahan asal-usul penghasilan kertas
  • aktiviti membuat kertas sendiri daripada kertas terpakai
  • pengujian sifat-sifat kertas
  • penhayatan kepada pentingnya kitar semula terhadap alam sekitar
  • kuiz

 

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk menjayakan program ini termasuk sekolah-sekolah yang terlibat. Senarai sekolah yang terlibat bagi Zon Tengah dan Selatan adalah:

 

  1. SMK Seri Gading, Batu Pahat, Johor.
  2. SMK(P) Temenggong Ibrahim, Batu Pahat, Johor.
  3. SMA Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.
  4. SMKA Maahad Muar, Muar, Johor.
  5. Kolej Yayasan Saad, Ayer Keroh, Melaka.
  6. SMS Muzaffar Syah, Melaka.
  7. SMK Dato' Shahardin, Labu, Negeri Sembilan.
  8. Sekolah Menengah Sri Al-Amin Bangi. Kajang, Selangor.
  9. SMK Telok Panglima Garang, Telok Panglima Garang, Selangor.
  10. SMK Taman Jasmin 2, Kajang, Selangor.
  11. SMK Tinggi Kajang, Kajang, Selangor.
  12. SMK Seri Kembangan, Seri Kembangan, Selangor.
  13. SMK Alam Megah 2, Shah Alam, Selangor.
  14. Sekolah Menengah Bandar Baru Bangi, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  15. SMK Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi, Selangor.
  16. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
  17. Sekolah Menengah Sri Al-Amin Gombak. Gombak, Kuala Lumpur.
  18. SMK Vivekananda, Brickfields, Kuala Lumpur.

 

Semoga segala ilmu yang dikongsi dapat dimanfaatkan bersama dan pelajar-pelajar dapat mengaplikasikannya di sekolah masing.

 

Tarikh Input: 01/10/2019 | Kemaskini: 10/10/2019 | norfaryanti

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
SXEbHAO~