Program Penyelidikan | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» LABORATORI » Teknologi Biokomposit (BIOCOMPOSITE) » Program Penyelidikan

Program Penyelidikan

(1) Teknologi Biokomposit & Rekabentuk
       Ketua Program : Dr. Norkhairunnisa Mazlan

SINOPSIS

Program penyelidikan ini bertujuan untuk menghasilkan produk biokomposit berprestasi tinggi (HPB) daripada gentian berasaskan tumbuhan dengan menggunakan peralatan teknologi tinggi & analisis. R & D dalam HPB telah menjadi sangat penting, khususnya dalam industri automotif yang telah banyak menggunakan gentian tumbuh-tumbuhan untuk membuat komponen-komponen penting daripada kereta. Kebelakangan ini, industri pertahanan dan aeroangkasa pun telah menunjukkan minat dalam menggunakan gentian tumbuh-tumbuhan sebagai komponen tanpa menahan beban mereka seperti pembangunan teknik tenunan untuk tekstil teknikal dan proses penyemperitan untuk geladak trak, lantai, dan lain-lain aplikasi struktur untuk menggantikan gentian buatan manusia seperti gentian kaca dan aramid. Penyelidikan HPB di UPM menawarkan seluruh rantaian nilai, bermula daripada pencirian gentian sehingga kepada pemprosesan dan pembangunan produk, dan penilaian ekonomi daripada produk.

PENGENALAN

Biokomposit muncul sebagai pengganti kepada komposit tersuntik gentian sintetik. Ianya adalah mesra alam dan sangat membantu dalam mengurangkan peningkatan kos penggunaan bahan-bahan berasaskan petroleum. Bio-gentian menawarkan banyak kelebihan seperti pembolehbaharuan, kitar semula, rendah graviti spesifik dan berkekuatan tinggi. Di samping itu, dengan menggunakan bio-gentian ianya boleh menangani kebimbangan ekologi dan ekonomi terhadap bahan perindustrian. Umumnya, biokomposit telah mendapat perhatian daripada kedua-dua dunia akademik dan industri seperti aeroangkasa, pertahanan, bangunan, automotif, pembungkusan, dan sebagainya. Antara semua aplikasi sedia ada, pertumbuhan yang tinggi adalah jelas bagi aplikasi bangunan sama ada komponen struktur atau bukan struktur. Di peringkat akhir, kedua-dua Boeing dan Air-Bus telah mengenal pasti bahan-bahan aeronotika hijau sebagai salah satu kawasan strategik untuk penyelidikan masa depan. Justeru itu, para penyelidik telah memfokuskan perhatian mereka untuk menghasilkan produk biokomposit berprestasi tinggi yang setanding dengan produk sedia ada di pasaran.


(2) Pencirian Gentian & Teknologi Pemprosesan
       Ketua Program : Prof. Madya Dr. Edi Suhaimi Bakar

SINOPSIS

Program ini memberi tumpuan kepada pencirian dan pengoptimuman pemprosesan gentian kayu dan bukan-kayu dengan pendekatan mesra-alam. Bahan-bahan biojisim tumbuhan seperti sisa kelapa sawit, sekam padi, sisa pembalakan hutan dan industri kayu, sisa pemprosesan minyak sawit, kenaf dan buluh diproses untuk menghasilkan komposit gentian berkualiti tinggi. Kajian dalam program ini termasuklah pencirian, kajian kebolehtelapan dan kebolehrekatan, peningkatan mutu melalui rawatan resin, dan prarawatan gentian untuk memperbaiki kekuatan dan lekatan, serta pembangunan teknik rendaman bagi gentian kenaf untuk menghasilkan produk bio-komposit berprestasi tinggi. Pembangunan selanjutnya daripada aplikasi bio-gentian yang boleh diperbaharui ini untuk kegunaan industri boleh menghasilkan pasaran bernilai tambah baru yang menarik, dan pada masa yang sama menggantikan penggunaan komposit plastik yang berasaskan petrokimia.

PENGENALAN

Penggunaan meluas komposit polimer tersuntik gentian sintetik mempunyai kecenderungan untuk menyusut disebabkan oleh kos mula yang tinggi, penggunaan mereka dalam bentuk penstrukturan yang tidak cekap dan yang paling penting adalah memberi kesan buruk terhadap alam sekitar. Sebaliknya, peningkatan minat untuk menggunakan gentian semulajadi sebagai penyuntikan dalam komposit polimer untuk menggantikan gentian sintetik konvensional dalam beberapa aplikasi penstrukturan telah menjadi salah satu faktor utama yang melonjakkan potensi pembangunan menggunakan gentian asli sebagai penyuntik terhadap komposit polimer. Justeru itu, para penyelidik kini memfokuskan perhatian mereka untuk menghasilkan gentian semulajadi berkualiti tinggi dengan menggunakan pencirian teknologi tinggi dan teknik-teknik pemprosesan. 


Kemaskini:: 09/12/2013 [naszroul]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691896
B1566358483