Master Sains Dan Phd (Biopolimer, Teknologi Pulpa Dan Kertas) | INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
» SISWAZAH » PROGRAM PASCA SISWAZAH INTROP » Master Sains dan Phd (Biopolimer, Teknologi Pulpa dan Kertas)

Master Sains dan Phd (Biopolimer, Teknologi Pulpa dan Kertas)

Program ini menumpukan kepada teknologi baru dalam usaha mentransformasikan bahan lignoselulosa kepada biopolimer dan biokimia serta terbitan lain.  Penyelidikan adalah merangkumi plastik terbiodegradasi daripada fitojisim, bioperekat daripada kulit pokok, biopenglitup, pengubahsuaian selulosa dan sebagainya.

Selain itu, program ini memfokuskan kepada pendekatan ekonomi proses biopemulpaan dan biopelunturan bagi bahan bukan kayu dan sisa pertanian yang melibatkan pengubahsuaian kimia gentian. Pembangunan produk berasaskan kertas seperti kertas pembungkusan juga dikaji. Kajian kawalan pencemaran dalam penghasilan pulpa dan kertas, proses biorefinery, meminimumkan sisa, pemulihan bahan api, pengurusan sisa toksik dan rawatan air turut ditekankan.

Kemaskini:: 19/09/2022 [amallina.osman]

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PERHUTANAN TROPIKA DAN PRODUK HUTAN
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397691880
0397691880
0397691896
BWCJDAU~